BlogList Malaysia

19 March 2012

Pemuda Umno Mengaku Bakar Bendera BN


Berikut adalah berita yang disiarkan oleh agensi berita pro UMNO iaitu Bernama. Nak kata Bernama penipu dalam isu UMNO/BN tak patut sangat tetapi itulah hakikatnya apabila ia melaporkan bahawa pembakar bendera itu dipercayai perbuatan penyokong parti pembangkang. Sapa lagi pembangkang di Kedah kalau bukan BN.


18 Mac 2012

SUNGAI PETANI - Pemuda Umno Bahagian Merbok hari ini membuat laporan polis berhubung 14 bendera Barisan Nasional (BN) dan enam bendera Umno di jalan masuk ke Taman Malinja, Merbok di sini dibakar dipercayai perbuatan penyokong parti pembangkang.Kejadian itu dipercayai berlaku malam tadi.

Penyelaras Parlimen yang juga ketua Umno bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok Anuar Ahmad membuat laporan itu di Balai Polis Merbok.

Beliau yakin perbuatan itu mungkin dilakukan penyokong parti pembangkang yang menghadiri ceramah politik di taman perumahan itu.

Katanya beliau kesal dengan kejadian membakar bendera itu yang disifatkan bukan cara atau etika masyarakat Malaysia yang mengamalkan demokrasi.

Menurutnya kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku dalam Parlimen Merbok kerana banyak poster BN yang dipasang dikoyak pihak tertentu atau ditampal dengan poster pembangkang sebelum ini. - Bernama


(Hanya seorang ahli MCA Mabuk opss silap.. MCA Merbok, yang sedih tengok bendera UMNO dibakar)


(Sedangkan ahli UMNO Merbok sendiri begitu gumbira bendera mereka dibakaq... maklumlah depa pun meluat dah kat UMNO)

- Kedah La


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas