BlogList Malaysia

24 March 2012

Nalla gembira jika Anwar segera bawa kes saman ke mahkamah

Nalla dalam sidang media di Ibu Pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berkata Ketua Umum PKR itu sudah mengemukakan notis mahkamah kepadanya dan menuntut beliau menarik balik kenyataannya dalam tempoh 48 jam dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap Anwar.

“Saya sudah menerima notis mahkamah daripada Anwar pada Khamis 22 Mac lalu supaya menarik balik kenyataan saya sebelum ini dalam tempoh 48 jam dan membalas notis tersebut serta tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap beliau.

“Saya tidak akan membalas notis tersebut dan akan terus mengeluarkan kenyataan terhadap Anwar, saya nak tengok berapa lama masa beliau boleh bawa kes ini ke mahkamah. Saya sangat gembira kalau Anwar bawa saya ke mahkamah, dan akan dedah segalanya di mahkamah,” tegasnya.


Menurut Nalla lagi, beliau tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan mendedahkan segala salah laku Anwar sebaik sahaja kes berkenaan di bawa ke mahkamah.

“Saya mahu tunjuk kepada rakyat siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

“Sama ada di bawa ke mahkamah atau tidak, saya akan tetap dedahkan salah laku Anwar, dan tidak akan menutup mulut,” katanya lagi.

Nalla, yang sebelum ini pernah menjadi rakan karib Anwar, mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara kerana terlibat dengan salah laku biseksual.

Malah, beliau turut menyatakan rasa terkilan mengapa Pakatan Rakyat (PR) boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang.

Nallakarupan turut mendakwa, kecenderungan Anwar sebagai seorang biseksual bukan lagi rahsia dan beliau sendiri pernah melihat aksi seks pemimpin pembangkang berkenaan sama ada bersama lelaki atau wanita.

Anwar sebelum ini berkata akan mengemukakan saman terhadap Utusan Malaysia dan Datuk S. Nallakaruppan RM100 juta terhadap penyiaran artikel yang dikeluarkan mereka.

“Tuduhan yang dibuat Nalla itu adalah palsu, bermotifkan politik dan pelanggaran etika kewartawanan,” kata Naib Presiden PKR N.Surendran.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nalla-gembira-jika-anwar-segera-bawa-kes-saman-ke-mahkamah/


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas