22 March 2012

Mimpi Lena Azalina Terganggu

PENGERANG – Kedudukan Dato’ Seri Azalina Othman Said sebagai Ahli Parlimen Pengerang, Kota Tinggi dianggap selesa bagi sesetengah orang.

Hal ini, kerana umum mengetahui kemenangannya di situ kononnya berkubu ‘kebal’ menyebabkan seolah-olah kedudukannya tidak terancam.

Walau bagaimanapun, siapa sangka dalam diam, terdapat masalah di kawasannya itu yang perlu diselesaikan segera.


Terbaru, kira-kira 100 penduduk yang melibatkan 6 buah kampung di bandar itu berpiket bagi menuntut pemberian pampasan yang setimpal berikutan pembangunan yang akan dibina di lokasi berkenaan.

Antara kampung yang terlibat seperti Kampung Sungai Kapal, Sungai Buntu, Teluk Empang, Kampung Jawa, Kampung Sebong, Langkah Baik dan Batu Mas.

Dipercayai, Projek Hub Industri Minyak Dan Gas yang dirancang, telah menjadi keresahan banyak pihak kerana didakwa kawasan itu turut mempunyai kesan-kesan sejarahnya.

Malah ada juga yang telah mengusahakan ladang sayur kira-kira 30 tahun dahulu.

”Apakah kami akan mendapat pampasan yang setimpal dengan apa yang kami perolehi sekarang setelah memberikan tanah kami untuk projek pembangunan ini?,” kata seorang penduduk, Lim Eng Guat yang dipetik Sinar Harian.

Semalam akhbar itu melaporkan sebahagian penduduk menyuarakan bantahan berhubung isu ini ekoran ketiadaan perjanjian yang menyenaraikan imbuhan yang bakal diterima jika mereka mempersetujuinya.

Soalnya, adakah beliau masih lagi diulit mimpi-mimpi indah?

Kalaupun sebelum ini beliau digelar ‘superwomen’ kerana kemampuannya menyelesaikan isu nelayan tempatan yang pernah ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara jiran itu baru-baru ini.

Mengapa tidak, isu yang dianggap senang ini, diberi perhatian segera.

Atau hanya menanti jawapan sama ada kekal atau tidak sebagai ahli parlimen itu selepas PRU 13 nanti.

JALAN PULANG


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas