BlogList Malaysia

07 March 2012

KL Eco City.. Shahrizat & Keluarga Ada Kepentingan Juga Ke?

KL Eco City: Nurul Izzah tuntut penjelasan Shahrizat

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menuntut supaya bekas wakil rakyat kawasan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menjelaskan penglibatan dalam pembangunan projek hartanah KL Eco City yang bernilai RM6 bilion.

Nurul menimbulkan persoalan itu ekoran dakwaan bahawa syarikat milik keluarga menteri pembangunan wanita tersebut, National Feedlot Corporation (NFC) telah membeli lapan unit komersial di kawasan tersebut.


"Ia juga menimbulkan pertanyaan sama ada ini ada kena mengena dengan kepentingan keluarga beliau yang berhasrat membeli hartanah di KL Eco City," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Shahrizat mempunyai kaitan dengan usaha memindahkan penduduk Kampung Abdullah Hukum daripada tapak projek berprestij itu.

"Dalam kes pembangunan KL Eco City, ia melibatkan pemindahan penduduk berpendapatan rendah yang tidak diberikan pampasan berpatutan," katanya.

Projek tersebut yang diumumkan pada tahun 2000, telah tertangguh selama kira-kira 10 tahun kerana tentangan dari peneroka bandar yang tinggal di kawasan terbabit.

Kaitan dengan pemimpin Umno

Kawasan terbabit pada mulanya dimajukan oleh Pelita Dunia - satu usahasama antara SP Setia dan anak syarikat Yayasan Gerakbakti Kebangsaan YGP Holding.


Lembaga pengarah YGP Holding itu antaranya dianggotai ketua
Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (kanan) serta pemimpin lainnya – Datuk Abdul Rahman Dahlan dan juga Datuk Megat Firdouz Megat Junid.

SP Setia memberi kepada YGP Holdings saham bernilai RM75 juta dalam syarikatnya untuk memperolehi 40 peratus pegangan dalam KL Eco City yang dimiliki YGP Holdings.

"Saya akan tunggu jawapan daripada ketua wanita dan ketua pemuda Umno mengenai penglibatan mereka di dalam projek ini," katanya.

Turut bercakap dalam sidang media itu ialah pengarah pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli yang menimbulkan dakwaan mengenai tindakan NFC menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan sebagai cagaran untuk membeli lapan hartanah komersial KL Eco City.

Sementara itu, ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin ketika bercakap dalam sidang media sama berkata, beliau dan Rafizi akan mengemukakan pembelaan terhadap tuntutan saman berjumlah RM100 juta yang dikemukakan oleh Shahrizat.

Pembelaan itu akan dikemukakannya di mahkamah pada Jumaat.

http://malaysiakini.com/news/191425


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas