BlogList Malaysia

07 March 2012

KL Eco City: Saya tiada kena mengena, kata Shahrizat

Ketua wanita Umno Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil menafikan sekeras-kerasnya "fitnah" yang mengaitkan beliau dengan projek pembangunan KL Eco City, seperti yang ditimbulkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak ada kena mengena dengan pembangunan KL Eco City di Lembah Pantai," katanya dalam satu kenyataan, lewat malam ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab kenyataan Nurul Izzah hari ini yang menimbulkan persoalan berhubung pembangunan projek hartanah bernilai RM6 bilion itu.


"Sila rujuk segala soalan berkaitan pembangunan mahupun pembelian hartanah diarahkan kepada pihak pengurusan KL Eco City.
"Kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau ataupun mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan mengaitkan saya dengan KL Eco City ini," katanya lagi.

Nurul Izzah menimbulkan persoalan itu ekoran dakwaan bahawa syarikat milik keluarga menteri pembangunan wanita tersebut, National Feedlot Corporation (NFC) telah membeli lapan unit komersial di kawasan tersebut.

Nurul Izzah turut mempersoalkan sama ada Shahrizat terlibat dalam konflik kepentingan memandangkan menteri berkenaan mungkin telah mengetahui rancangan pembangunan kawasan tersebut.

Projek tersebut yang diumumkan pada tahun 2000, telah tertangguh selama kira-kira 10 tahun kerana tentangan dari peneroka bandar yang tinggal di kawasan terbabit.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas