BlogList Malaysia

18 March 2012

Keluarga Sharizat punya empat Syarikat di Singapura dengan modal RM8.85 Juta


Scandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkankeluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari UMNO iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil nampaknya kini turut mendapat perhatian pihak Media dari Singapura.


Akhbar harian Singapura iaitu ‘The Straits Times’ beberapa hari lalu telah menyenaraikan empat Syarikat yang dimiliki oleh Keluarga Menteri dari UMNO itu di Singapura, ianya melibatkan Restaurant, Makanan dan Bahanapi, Firma Pelaburan dan juga Pasaraya.

Salah satu dari empat Syarikat yang disenaraikan itu ialah firma pelaburan Icube Investments Pte Ltd yang mempunyai modal berbayar sebanyak S$1 Juta atau bersamaan dengan RM2.4 Juta.

Menurut ‘The Straits Times’ berdasarkan profile syarikat yang diperolehi mereka dari ‘Singaporean Accounting and Corporate Regulatory Authority (ACRA)’ , Pengarah Urusan dan pemegang saham adalah suami Sharizat iaitu Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran.

Sebelum ini pihak PKR melalui Pengarah Strategiknya Rafizi Ramli telah mendedahkan tiga syarikat yang dimiliki oleh keluarga Sharizat di Singapura iaitu Global Biofuture Pte Ltd, Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Farmhouse Supermarkets Pte Ltd.

Disamping Salleh dan Izran, Anak perempuan Sharizat Wan Izzana Fatimah Zabedah dan seorang lagi anak lelakinya, Wan Shahinur Izmir juga adalah Pengarah didalam Syarikat-syarikat ini..

Modal berbayar bagi keseluruhan syarikat-syarikat di Singapura ini mencecah S$3.65 Juta, atau RM8.85 Juta.

Menurut harian dari Singapura itu lagi kesemua Syarikat ini mempunyai alamat yang sama iaitu di Clifford Centre, Raffles Place. Bagaimanapun alamat tersebut adalah alamat pejabat sebuah Firma Guaman iaitu Wong Alliance.

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/03/akhbar-singapura-dedahkan-keluarga.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas