26 March 2012

Hasan Jati Jawab Azmin Ali



KUALA LUMPUR, 26 Mac - Adun Gombak Setia, Dato' Dr Hasan Ali hari ini menjawab mengenai isu kos ubahsuai pejabat yang melibatkan kos RM300 ribu.

Hal berkenaan dibangkitkan oleh Adun Bukit Antarabangsa, YB Azmin Ali beberapa hari lepas.

Hasan Ali yang juga Bekas Exco Kerajaan Negeri menegaskan, ruang pejabat yang dimaksudkan telah mengalami pengubahsuaian untuk menampung pegawai dan kakitangan pejabat beliau sebagai Exco, termasuk semua pegawai dan kakitangan Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) keseluruhannya berjumlah 19 orang.

Tambahnya lagi, lantikan kontraktor yang diberi kerja dan jumlah kos yang terlibat telah dilulus oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor dan dipantau oleh Unit Pengurusan Bangunan SUK.

Sehubungan dengan itu, Hasan Ali mendesak pula YB Bukit Antarabangsa itu untuk menjelaskan kepada rakyat berkenaan beberapa perkara yang sehingga kini belum dijawab dan antaranya,

"Dari mana sumber kewangan YB Bukit Antarabangsa dan isteri untuk membeli saham yang nilainya mencecah RM2 juta pada tahun 1992 sehingga 1994. Sedangkan ketika itu saya difahamkan YB menerima gaji lebih kurang RM2,000.00 sebulan sahaja." - Hasan Ali


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas