BlogList Malaysia

19 March 2012

Berita Yang Buatkan Noh Omar Dan Umno Selangor Jatuh Terduduk

Sultan puji kesungguhan Selangor perangi rasuah

SHAH ALAM 19 Mac: Kesungguhan Kerajaan Selangor membasmi rasuah terutamanya dalam anak syarikat negeri itu dipuji Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Beta difahamkan Kerajaan Selangor telah menunjukkan kesungguhan dengan memperuntukkan RM15 juta untuk memerangi rasuah dari Geran Selangorku.

“Sehubungan itu, peningkatan kecekapan dan pembasmian rasuah perlu terus diperluas ke seluruh negeri dan segenap bidang bagi meningkatkan lagi hasil negeri.


“Beta dimaklumkan juga bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kebebasan untuk memantau kerja operasi pasir Kumpulan Semesta Sdn Bhd,” titahnya.

Terdahulu, Kerajaan Selangor mencatatkan peningkatan hasil pasir mencecah RM16 juta pada 2011.

Jauh berbeza di bawah pentadbiran Barisan Nasional yang hanya mampu mencatat RM3.54 juta pada 2005 manakala RM4.37 juta (2006). Pada 2007 pula, semakin menurun dengan hanya RM2.9 juta.

Bagaimanapun, selepas berjaya ditadbir Pakatan Rakyat pada tahun 2008, hasil pasir terus meningkat sebanyak RM6.3 juta pada tahun yang sama, RM5.4 juta (2009) dan RM10.3 juta (2010).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28365



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas