BlogList Malaysia

19 February 2012

Umno Kedah Luluskan Pembinaan Jirat Cina Di Kulim

UMNO jaga kuboq hangpa dahlaa bagi selamat, jirat Cina hangpa toksah dok kalutlah
Oleh: Saiburi Sudin

Kecoh lagi isu perkauman di Kedah. Kali ini UMNO telah menggerakkan 'beratus ribu' rakyat Kulim turun buat bantahan di Sungai Kob kerana kononnya di situ kerajaan negeri telah menggunakan tanah rizab Melayu untuk membangunkan sebuah jirat Cina. Hero perkauman Sobri Sudin mengetuai perhimpunan haram mengutuk kerajaan negeri Kedah itu.

Macam biasa, setelah disiasat ternyata isu2 perkauman macam tu akhirnya tertimpa balik batang hidung UMNO. Ada beberapa perkara bohong yang dibuat oleh UMNO dalam isu tersebut:


1. Kononnya kawasan terbabit asalnya tanah rizab Melayu. Yang sebenarnya ia adalah tanah persendirian. Memang asal dulu adalah tanah milik orang Melayu tetapi di zaman BN dulu orang2 Melayu di situ pakat jual tanah dekat tauke Cina tu. Itulah cerdiknya UMNO perintah dan hebatnya pembelaan UMNO terhadap orang Melayu sampai tanah pun habis terjual.

2. Kononnya projek jirat Cina itu diluluskan di zaman PAS memerintah. Pun tidak betul. Ia diluluskan di zaman BN masa Mahadzir Khalid jadi MB. Rakyat dah bantah masa tu, BN gagal tangani. Ia berlarutan sampai zaman PAS jadi kerajaan.

3. Kononnya kerajaan PAS lulus kawasan jirat Cina dengan lebih besar. Bohong juga. Sebenarnya, cara PAS nak tangani isu bantahan oleh orang Melayu itu ialah dengan mensyaratkan pemaju adakan zon penampan (buffer zone) supaya jarak yang jauh antara jirat Cina dengan kawasan yang ada manusia. Depa kena bina tembok dan tanam pokok. Kira-kira kalau lalu kat situ memang tak nampak jirat Cina. Maknanya walaupun kawasan itu diluaskan tetapi jirat Cina yang boleh simpan mati punya olang tetap macam hok zaman BN dulu jugak. Yang diluaskan ialah zon penampan.

4. Kononnya itu kawasan majoriti Melayu. Penduduk yang paling hampir dengan zon penampan (baru zon penampan, bukan jirat Cina lagi) hanya tidak lebih dari 10 keluarga.

Kesimpulannya, tak payah dok susah hati apa aihh. Yang penting bagi UMNO ialah pikiag macam mana nak bagi selamat depa dalam kuboq bila mati esok. Jirat Cina biag Cina pikiaglah. Depa bukan buat jirat dalam kampung Melayu, buat atas tanah depa. Kuboq kita pun tak tentu macam mana lagi dok kalut dengan jirat Cina pasai apa?


(Warta Darul Aman)

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR SETAR – Projek pembinaan jirat Cina di Sungai Kob, Kulim telah diluluskan pada 2007 dan bantahan projek turut dibangkitkan oleh penduduk setempat pada tahun tersebut.

Namun, ianya tidak mendapat maklum balas daripada kerajaan terdahulu yang memerintah negeri Kedah.

ADUN Kulim, YB Lim Soo Nee menjelaskan bahawa, projek yang diluluskan pada tahun 2007 itu adalah tanah milik persendirian dan telah pun dijual berpuluh-puluh tahun dahulu.

“Tanah seluas 190 ekar itu bukan saja baru dijual, dimiliki dah berpuluh-puluh tahun oleh orang persendirian.

“Projek pembinaan jirat Cina ini telah diluluskan dalam Jabatan Perancangan Bandar Negeri Kedah pada tahun 2007, semasa YB Dato’ Seri Mahawangsa Mahdzir Khalid jadi Menteri Besar,” ujar beliau ketika dihubungi.

Menurut beliau, ‘buffer zone’ antara rumah penduduk dengan jirat Cina tersebut hanya 20 ekar, tetapi setelah perbincangan diadakan antara Majlis Perbandaran Kulim, pemaju dan penduduk, ianya dilebarkan hingga 80 ekar.

“Penduduk pernah buat bantahan pada tahun 2007, tapi tiada jalan penyelesaian, jadi apabila Pakatan Rakyat memerintah, satu dialog diadakan antara Majlis Perbandaran Kulim, penduduk dan pemaju.

“Selepas kertas cadangan masuk dalam mesyuarat Exco untuk lebarkan ‘buffer zone’, pemaju telah bersetuju dengan syarat tersebut, daripada 20 ekar kepada 80 ekar,” jelas beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

http://kedahla.blogspot.com/2012/02/umno-jaga-kuboq-hangpa-dahlaa-bagi.html




Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas