20 February 2012

Umno Iktiraf Usaha Hassan Ali

Semasa sidang akhbar selepas merasmikan seminar pemantapan jentera Pergerakan Wanita Umno bahagian Muar semalam, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia mengingatkan agar jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, digesa tidak leka dengan kesan positif yang diperoleh hasil pendedahan kepincangan PAS oleh Datuk Dr Hasan Ali.

Datuk Razali Ibrahim mengakui bahawa memang siri jelajah Dr Hasan Ali banyak memberi faedah kepada BN, tetapi Umnoikita tidak boleh leka sebaliknya terus mendekati rakyat kerana mereka yang akanmenjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya nanti.

Datuk Razali Ibrahim juga mengakui bahawa Beliau tindakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu memberi peluang kepada BN untuk menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat tanpa halangan.


Dalam masa yang sama, PAS terpaksa mengambil masa yang banyak untuk membuat penjelasan kepada ahli mereka tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dr Hasan Ali, dan ini memberi masa kepada BN untuk bekerja tanpa gangguan.

Bagi Datuk Razali, isu yang dibangkitkan Hasan akan membantu membuka mata rakyat terhadap kebenaran perjuangan Umno iaitu untuk agama Islam, bangsa Melayu dan memartabatkan institusi Raja-Raja Melayu.

Nampaknya, Umno bertuah kerana Dr Hassan Ali kini menjadi menjadi 'pegawai penerangan' tanpa tauliah yang turun ke serata negara bagi menyampaikan ceramah berkaitan dengan 'akidah' dan kuasa ketiga walaupun sebahagian besarnya Dr Hassan lebih menjurus kepada serangan terhadap PAS dan ianya turut diperakui oleh Naib Ketua Pemuda Umno.

Tidaklah mustahil andaikata roadshow Dr Hassan akan ditaja oleh Umno kerana Umno tidak perlu bersusah-susah lagi untuk turun ke lapangan memberikan penerangan. Tidak mustahil juga selepas ini pimpinan Umno akan duduk sepentas bersama Dr Hassan Ali kerana perjuangan mereka yang selari dan senada.

http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=10274


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas