BlogList Malaysia

09 February 2012

Tak Takut Tuhan Ke Jamil Khir??

Jamil Khir kemana perginya wang RM800,000 milik Yayasan Taqwa

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sekali lagi didakwa menyalahgunakan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), kali ini membabitkan pengeluaran dana zakat bagi kempen politik di Jerai.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad berkata, Jamil Khir menggunakan dana Yayasan Taqwa dengan memberi bantuan kepada penduduk Jerai serta menerbitkan buku politik ‘PAS Bukan Parti Islam’.

Yayasan Taqwa merupakan syarikat berdaftar dibawah MAIWP yang ditubuhkan sejak 1990 dan berfungsi mengagihkan bantuan zakat kepada golongan yang memerlukan dan Pengerusinya adalah Jamil Khir sendiri.


Dalam masa yang sama, Kamaruzzaman turut mempersoalkan mengenai ketelusan fungsi Yayasan Taqwa apabila sejumlah RM800,000 perbelanjaan agensi itu ‘ghaib’ dan tidak dinyatakan dalam Laporan Kewangan Tahunan 2010.

“Berdasarkan Laporan Tahun 2010, pendapatan Yayasan Taqwa berjumlah RM7.78 juta dan perbelanjaan yang direkodkan adalah RM6.98 juta, manakala baki RM800,000 tidak direkodkan dalam laporan tahunan berkenaan, jadi ke mana wang tersebut disalurkan,” soalnya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

Perbelanjaan terlalu tinggi

Kamaruzzaman yang juga Pengarah Badan Bertindak Zakat Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) turut mempertikaikan mengenai perbelanjaan pengurusan yayasan berkenaan yang terlalu tinggi sehingga mencecah sehingga RM2 juta, iaitu 36 peratus daripada keseluruhan jumlah perolehan kutipan wang zakat. Sedangkan Yayasan Taqwa hanya mempunyai 17 kakitangan dan seorang Pengurus Besar sahaja.

Manakala hanya 64 peratus sahaja jumlah wang zakat diagihkan dan tidak digunakan sepenuhnya untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan bantuan, dakwa Kamaruzzaman.

Sehubungan itu, beliau menggesa satu badan bebas dilantik bagi mengaudit perjalanan kewangan Yayasan Taqwa secara menyeluruh kerana laporan sedia ada tidak menyatakan dengan terperinci setiap pergerakan keluar masuk wang zakat yang diuruskan yayasan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat aliran kewangan Yayasan Taqwa sekiranya Jamil Khir masih berdiam diri dan tidak menjelaskan perkara sebenar dalam masa terdekat.

-freemalaysiatoday-


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas