05 February 2012

Saya paling rapat dengan Dr Hasan

PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mungkin paling kecewa dengan keputusan Datuk Dr Hasan Ali tidak mahu merayu menyertai semula PAS.

Naib ketua dewan ulamak PAS mengakui beliau sangat rapat dengan Dr Hasan yang dipecat dari parti awal Januari lalu.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu dipecat kerana mempunyai pendirian berbeza dengan parti dan juga Pakatan Rakyat.


Dr Hasan yang menubuhkan NGO JATI kerap menyerang PAS dalam siri program di seluruh negara.

“Saya kenal rapat dengan Dr Hasan dan selalu bertemu di masjid Mujahiddin Damansara Utama.

“Malah saya orang pertama yang diarahkan parti bertemu bekas exco agama kerajaan negeri Selangor untuk mendapatkan penjelasan mengapa menyerang PAS.

“Saya dan isteri pergi ke rumah Dr Hasan di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur tetapi beliau tidak membuka pintu untuk kami masuk.

“Jadi kami tidak dapat bertemu Dr Hasan,” kata Dr Mahfodz.

Nasharuddin janji kekal

Berbeza dengan Nasharuddin Mat Isa, ahli parlimen Bachok itu berjanji kekal dengan perjuangan PAS.

Kata, Dr Mahfodz, beliau mendapat kepastian itu dari SMS yang dihantar oleh bekas naib presiden PAS itu.

Masa depan Nasharuddin dalam PAS menjadi tanda tanya selepas kegagalan mempertahankan jawatan dalam pemilihan parti Julai tahun lalu.

Beliau yang sudah dua penggal menjadi timbalan presiden PAS kalah kepada pemimpin veteran Mohamad Sabu.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas