02 February 2012

Laporan Rosmah 'belanja sakan sengaja direka'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor dengan mendakwa bahawa laporan kononnya isteri beliau berbelanja sakan di Sydney baru-baru ini "sengaja direka" untuk memburukkan imej mereka.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pengguna di Twitter yang meminta beliau untuk mengesahkan sama ada tulisan di blog fesyen Australia - Frockwriter yang menganggarkan isterinya membelanjakan sekitar A $100,000 (RM323,000) untuk membeli pakaian oleh pereka terkenal.

"Ini cerita yang dibesar-besarkan dan sengaja direka untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka," katanya di Twitter malam tadi.


Sebelum ini, wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan bahawa Rosmah ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia. Tulisannya kemudian dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Dalam seksyen 'Private Sydney' kolumnis akhbar itu, Andrew Hornery memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.


Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp (kiri), kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana.

Menurut kolum itu lagi, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Berkaitan : Penulis blog dedahkan e-mel 'belanja sakan' Rosmah


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas