BlogList Malaysia

20 February 2012

Debat Anwar Najib - Alasan Ezam Bodoh Macam Budak Tak Sekolah

Panas: Debat, Senator Ezam Dakwa Anwar Bahaya Dan Beliau Tak Layak Berdebat Dengan PM Najib !

KLANG, 20 Feb - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Nor (foto) berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan boleh mengundang “bahaya.”

Sehubungan itu kata Ezam, Anwar akan menggunakan pentas debat demi kepentingan dan akan merosakkan negara.

"Orang macam Anwar ini akan mengundang bahaya. Dia tak layak debat dengan Najib. Contoh, apa yang Anwar dah buat ialah kononnya pada 16 September akan mentadbir negara, tapi dia tipu. Sama juga macam isu Israel. Ini kes khianat," kata beliau selepas berucap pada majlis Perhimpunan Waris Malaya di sini, semalam.


Beberapa pihak mencadangkan satu debat diadakan antara Najib dan Anwar ekoran debat disertai Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelmarin.

Selain itu, Ezam berkata, secara umumnya, debat merupakan satu perkara yang bagus tetapi perlu berhati-hati kerana ia boleh digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Jelasnya lagi, elemen khianat dalam berdebat juga boleh tercetus berdasarkan situasi politik negara.

"Debat akan berguna jika kita tampilkan orang-orang yang bertanggungjawab. Kalau macam Anwar ini, tak payah la. Debat ini sama seperti benda lain. Ia boleh diadakan dan tidak boleh diadakan. Bergantung pada faktor," dakwa Ezam lagi

http://pahangdaily.blogspot.com/2012/02/panas-debat-senator-ezamdakwa-anwar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas