07 February 2012

Dahulu Hasan Ali Terhegeh-Hegeh Jumpa DAP Secara Rahsia

Hasan Ali Dahulu Boleh Jumpa DAP Dalam Rahsia

Baru-baru ini sewaktu berceramah di BAngi, Hasan Ali telah dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik

Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan (yakni hak istimewa orang-orang Melayu).

Komen Tulang Besi dipecahkan kepada dua bahagian:


1.0 Pertamanya, Artikel 152 Perlembagaan Singapura menyatakan dengan jelas Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu di Singapura. Walaupun PAP telah memerintah Singapura lebih 50 tahun, mereka tidak pernah memadamkan Hak Keistimewaan Orang Melayu di dalam Perlembagaan Singapura.

Oleh sebab itu, di manakah kewarasan dakwaan HAsan Ali bahawa DAP akan menghapuskan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia? (Untuk membaca berkenaan hak istimewa orang Melayu di dalam Perlembagaan Singapura, klik di sini)

2.0 Sikap permusuhan Hasan Ali dengan DAP ini sebenarnya baru dan bermula apabila Hasan Ali tidak dilantik jawatan Menteri Besar Selangor.

Sebenarnya, pada satu masa dahulu, Hasan Ali pernah menganjurkan mesyuarat rahsia dengan DAP bagi membincangkan kerjasama antara kedua parti. Ia berlaku beberapa bulan sebelum pilihanraya tahun 2004.

Pada waktu itu, DAP sudah pun keluar dari Pakatan Rakyat dan tiada hubungan politik dengan PAS.

Namun, perhimpunan tersebut telah diadakan di antara Hasan Ali bersama seorang kepimpinan DAP yang agak "senior".

Antara keputusan yang diperbincangkan adalah persetujuan untuk DAP dan PAS tidak bertanding sesama sendiri dan tidak menyerang sesama sendiri di dalam media.

Pertemuan tersebut cukup rahsia sehingga ia telah diadakan pada larut malam. Juga, sebelum ke tempat pertemuan, Hasan Ali telah bertukar kereta di laman letak kereta Masjid Bulat Seksyen 14 Petaling Jaya.

Tulang Besi tahu akan pertemuan ini kerana Tulang Besi adalah antara penganjur pertemuan rahsia antara Hasan Ali dengan DAP ini.

Namun, pada hari ini manusia yang sama bernama Hasan Ali ini ke sana ke mari mengutuk dan menista DAP.

Jelas pada Tulang Besi, Hasan Ali tidak lebih seorang penipu dan pembohong tahap pencacai. Perjuangan Hasan tidak lebih untuk merebut jawatan dan pangkat semata-mata.

Inshaalah, semakin lama semakin banyak perangai hipokrit Hasan Ali ini akan terdedah satu demi satu.

Tulang Besi


ps Article 152 Minorities and Special Position of Malays

(1) It shall be the responsibility of the Government constantly to care for the interests of the racial and religious minorities in Singapore.

(2) The Government shall exercise its functions in such manner as to recognize the special position of the Malays, who are the indigenous people of Singapore, and accordingly it shall be the responsibility of the Government to protect, safeguard, support, foster and promote their political, educational, religious, economic, social and cultural interests and the Malay language.

http://www.malaysiawaves.com/2012/02/hasan-ali-dahulu-boleh-jumpa-dap-dalam.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas