BlogList Malaysia

29 February 2012

10 Ribu Hadiri Ceramah Percuma Hasan Ali

Ceramah Hassan Ali Pecah Rekod, Tak percaya Bacalah

Memang Hassan Ali merupakan satu fenomena sekarang ini, manakah tidak , pergi lah mana pun terpampang muka Hassan Ali al-akidaki itu merata-rata tergantung, sana-sini ceramah hassan ali sekarang ini.

Mungkin selepas dipecat dari PAS kerana masalah disiplin,Hassan Ali sudah tak ada aktiviti lain gamaknya, sekarang terlalu banyak masa terluang, jadi sebab bosan duduk dirumah, lantas setiap malam Hassan Ali al-akidaki mahu berceramah.

Tiba-tiba Hassan Ali jadi rajin sekali, satu malaysia mahu dipusingnya (faham betul-betul), Dulu masa duduk dalam PAS malas pulak dia nak ceramah-ceramah ni.


Hah, "tukanglawan" baru bukak blog member tadi, tajuk hebat, menakutkan sekali, katanya ceramah Hassan Ali dihadiri 10 ribu orang, terfikir juga "tukanglawan" siapa pula yang pergi ke ceramah berkenaan, kesian betul.

Nah korang tengok la gambar yang "tukanglawan" curi dari blog member tu. jangan terkejut, memang agak ramai yang datang.



Kah,,kah,,kah,, Sambutan cukup hangat, sehangat hati Hassan Ali, ramai sekali yang datang untuk mendengar luahan hati hassan ali rupanya. dan lagi, tengok la gambar bawah nei


Hassan ali al-akidaki sedang bersemangat berkobar-kobar menyampaikan ceramahnya, mesti dia sedang menceritakan tentang niat sucinya mahu menjadi Menteri Besar selangor ketika ini, dan pasti ramai yang memberikan tepukan cukup gemuruh.


Ceramah Hassan Ali pada malam itu dihadiri lebih kurang 10 ribu ummah, yang datang dari segenap penjuru negara semata-mata mahu bertentang mata dengan pemimpin yang baru sahaja melancarkan sebuah NGO beras kampit ini, jangan salah faham, gambar ini dirakamkan ketika Hassan Ali sedang mengge"test" microfon. sebab itu nampak macam 5000 orang saja.


Ramai bukan, Memang sambutan sangat luar biasa, Ceramah Hassan Ali memang kebiasaanya paling sikit pun yang datang sekitar 5000 - 7000 orang, tapi ceramah yang dirakamkan gambarnya ini membuktikan ceramah pada malam tersebut mencecah atau mungkin lebih dari 10,000 orang datang mendengar amanat pengerusi beras kampit itu.

Tak perlu heboh-heboh, jelas terbukti ceramah Hassan Ali al-akidaki lebih mendapat sambutan berbanding Himpunan Hijau 2.0 yang lalu. macam yang kawan tukanglawan cakap dalam blog dia la "sesak nafas gua tadi berhimpit himpit utk mendengar ceramah Hasan Ali beb.. sampai tak boleh nak duduk dekat mana lagi penuh dengan lautan manusia.. kah kah kah "

http://tukanglawan.blogspot.com/2012/02/ceramah-hassan-ali-pecah-rekod-tak.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas