BlogList Malaysia

02 January 2012

Pakatan Rakyat Perlu Kaji Semula Kerjasama Dengan Raja Petra

SEBAIK temuramah Raja Petra dengan beberapa media arus perdana menjadi hebahan massa semalam, penulis terfikir sudah sampai masanya Pakatan Rakyat mengkaji semula kerjasama yang wujud dengan pengendali portal Malaysia Today ini.

Penulis mendengar bahawa kehidupan Raja Petra di luar negara ditanggung oleh pihak-pihak yang ada kaitan dengan Pakatan Rakyat yang simpati dengan nasibnya yang dihambat tindakan undang-undang kerana menuduh Perdana Menteri dan isterinya terlibat dalam pembunuhan model Mongolia, Altantunya.

Walhal, penulis secara peribadi tidak nampak sebarang keperluan Raja Petra untuk melarikan diri kerana maklumat yang menyatakan penglibatan tersebut tidak dibuat secara langsung oleh beliau tapi berdasarkan maklumat yang dibekalkan seorang perisik tentera!! Kesalahannya (kalau ada) ialah menyiarkan berita tersebut melalui portal beritanya.


Tapi tidak mengapalah, yang penting sekarang Raja Petra sudah pun berada di luar negara sejak 3 tahun lepas bersama-sama dengan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

Satu ketika dahulu penulis memang kagum dengan Raja Petra kerana beliau punya keberanian luar biasa yang hampir sama dengan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor (kini Senator) yang sanggup keluar masuk penjara untuk mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim – pengorbanan yang bukan mudah dilakukan orang kebanyakan.

Tambahan pula fungsinya sebagai bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan, penggerak kempen bebaskan Anwar 1 di Internet dan peranan Malaysia Today itu sendiri dalam isu berkaitan pembunuhan Altantunya, menjadikan Raja Petra begitu dekat dengan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Tapi kini penulis sedikit tidak faham apa yang menggerakkan Raja Petra untuk menentang Anwar dengan membuat pelbagai tindakan yang bertentangan seperti semalam. Mungkinkah faktor kewangan?

Kebetulan atau apa, isu liwat dan gay yang menjadi fokus Raja Petra dalam temuramah tersebut, muncul dikala keputusan mahkamah berkaitan dengan pertuduhan liwat Anwar, hanya tinggal kurang seminggu untuk diumumkan.

Penulis tidak nampak ini sebagai kebetulan tapi memang sengaja diadakan bagi memberi kelebihan kepada BN dan UMNO. Penulis tidak nampak pihak lain yang ada kepentingan melainkan 2 entiti di atas, tambahan lagi NST dan Utusan terlibat dalam mengadakan dan menyiarkan temuramah tersebut.

Tidak berapa lama dahulu, Raja Petra memberikan interview eksklusif dengan TV3 untuk menghentam Anwar dalam isu pembunuhan model Altantunya dan kaitannya dengan Perdana Menteri yang katanya adalah palsu, sengaja diadakan atas arahan Anwar.

Itu menjadikan Raja Petra ini orang yang bahaya kerana tanggapan umum yang dia adalah proksi Anwar begitu menebal dan apa jua yang ditulis olehnya mengenai Anwar adalah betul!!!

Justeru, penulis menyeru, selain apa bentuk sokongan material dan kewangan, Pakatan Rakyat juga perlu berhenti merujuk kepada Malaysia Today untuk menyiarkan maklumat-maklumat dalaman yang diperolehinya. Ini sepatutnya sudah lama dimulakan sejak Raja Petra mengadakan temuramah eksklusif dengan TV3 dahulu.

Diakhirnya nanti, rakyat tidak lagi akan melihat Raja Petra sebagai figura yang mewakili Pakatan Rakyat.

Itu bukan sahaja akan menghilangkan kelebihannya dikalangan penyokong Pakatan Rakyat yang membantu menaikkan ranking Malaysia Today malah kepada mana-mana pihak yang mungkin menyalurkan dana tambahan kepadanya sekarang (atas kelebihannya itu) bagi ‘menentang’ Pakatan Rakyat dan Anwar.

Sebagai ganti, portal berita sedia ada sudah cukup kuat untuk menjadi medium perantaraan walaupun Malaysia Today masih baik dari segi rankingnya dibanding dengan Keadilan Daily yang terkenal dengan pendedahan skandal yang melingkari National Fedlot Corporation (NFC).

Inilah masalah yang penulis lihat bila kita terlalu bergantung (dan menanggung?) kepada blog blog yang dimiliki individu seperti ini untuk menjadi perantara kita. Akan tiba satu masa bila mereka menggunakan kelebihan blog masing-masing untuk menentang kita semula terutama bila kehendak mereka tidak dipenuhi.

Dipetik dari Suara Pakatan Rakyat

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas