KUALA LUMPUR: Empat lelaki bersenjatakan pistol dan pisau melarikan wang tunai RM30,500 dalam kejadian samun di Pantai Dalam, di sini pagi semalam.
Difahamkan, suspek turut mengacukan pistol di kepala mangsa berusia 28 tahun yang keluar dari bilik selepas terdengar bunyi bising di ruang tamu rumahnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi itu, mangsa dikatakan mahu bersiap untuk keluar bekerja di pasar borong seperti biasa manakala empat rakan serumahnya masih tidur di dalam bilik masing-masing.
Menurut sumber, sebaik membuka pintu biliknya, mangsa ternampak empat suspek sedang menggeledah ruang tamu dan mengumpul beberapa peralatan rumah untuk dibawa lari. Seorang suspek yang ternampak mangsa terus mengacukan pistol dan memberitahu mereka adalah anggota polis dari Bukit Aman.
“Mangsa bertanyakan kepada mereka alasan rumah mereka digeledah, namun suspek hanya mengarahkan mangsa menurut semua arahannya,” katanya.
Suspek merampas wang tunai yang disimpan dalam beg mangsa bernilai RM2,500 bersama sebuah telefon bimbit manakala tiga suspek lain meluru masuk ke dalam bilik penghuni lain sebelum lari bersama duit RM28,500.
“Tiga suspek terbabit turut merampas wang tunai berjumlah RM28,500, empat telefon bimbit dan dua keping kad bank.
“Difahamkan, sebahagian wang tunai dan dua kad bank yang dicuri itu adalah milik majikan seorang mangsa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.
harianmetro.com
07 January 2012
Mengaku Polis Bukit Aman
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment