BlogList Malaysia

03 January 2012

Kereta Safwan Anang diserang, cermin dipecahkan

KUALA LUMPUR 3 Jan: Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang cedera pada perhimpunan pro-kebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Ahad lalu mendakwa cermin keretanya dipecahkan semasa beliau sedang menerima rawatan di hospital.

Isterinya, Masturah Abu Bakar memberitahu, kereta Kenari milik mereka itu diletakkan di pintu pagar timur UPSI ketika demontrasi diadakan pada awal pagi 1 Januari lalu.

Menurutnya, beliau mendapat panggilan dari seorang rakan yang memaklumkan perkara itu pada pagi berkenaan, lapor Malaysiakini.


“Safwan masih belum sempat buat report, kesihatan beliau masih tidak mengizinkan,” katanya dalam satu sms. Masturah berkata, suaminya itu akan dibawa ke sebuah hospital swasta pagi ini, selepas mengadu masih sakit dada setelah menerima rawatan dan dibenarkan keluar dari Hospital Slim River, petang semalam.

Pada protes tahun baru itu, polis cuba menyuraikan bantahan itu dan ketika mengheret pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), beliau dilaporkan pengsan.

Dakwa Safwan, polis menekan rusuknya menggunakan lutut dengan keras dan dipukul di bahagian muka ketika membantu rakannya yang diseret polis.

Pihak polis bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan berkata kecederaan peserta perhimpunan disebabkan “rempuhan sendiri” semasa ke klinik berdekatan. Video kejadian yang dimuatnaik di Youtube juga tidak menunjukkan sebarang keganasan oleh pihak polis.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25000

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas