BlogList Malaysia

20 January 2012

Jangan Jadi Bodoh Laa Hasan.. Khalid Bukan Melayu Ke? Bukan Islam Ke??

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan maruah PAS sebagi sebuah parti Islam telah dipijak dan parti itu kini hanya menjadi ‘pak turut’ kepada komponen Pakatan Rakyat di Selangor.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu, keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang sebelum ini disandangnya dilihat ganjil dan pelik serta memberi tamparan hebat kepada imej dan kedudukan PAS bersama komponen PKR dan DAP.

“Rombakan tersebut menggambarkan yang Adun PAS yang ada sekarang dilihat sebagai tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini.


“Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini, maruah PAS sebagai sebuah parti Islam telah dipijak. Lebih menyedihkan apabila kepimpinan PAS Selangor sekarang ini dilihat redha dengan rombakan tersebut malah menyanjung tinggi keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan.

“Sekali lagi masyarakat melihat PAS terpaksa menjadi pak turut kepada parti komponen Pakatan Rakyat yang lain,” katanya menerusi kenyataan media di sini, Khamis.

Beliau mengulas mengenai rombakan kecil Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dibuat pada Rabu berikutan pelantikan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang baru mengantikannya.

Bagaimanapun, Dr Ahmad Yunus diberi tanggungjawab mempengerusikan portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan.

Manakala portfolio Hal Ehwal Agama, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang sebelum ini disandang Dr Hasan telah diambil alih oleh menteri besar sendiri.

Mengulas lanjut, Dr Hasan yang dipecat daripada PAS dua minggu lalu melahirkan kebimbangan terhadap masa depan Islam dan akidah umat umat Islam apabila sesuatu jawatan itu dipertanggungjawabkan kepada individu yang tidak berkelayakan.

“Saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan.



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas