26 January 2012

Dua Kenyataan Lawak Dari Dua Ekor Lembu Belaan Umno

Anwar tak faham hak bersuara

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sering memfailkan saman terhadap pihak-pihak yang mengkritiknya jelas bertentangan dengan imej demokrasi dan hak asasi manusia yang cuba diperjuangkan Ketua Pembangkang itu.

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr. Chandra Muzaffar menegaskan, tindak tanduk Anwar itu memperlihatkan beliau tidak faham dan tidak menghormati hak bersuara pihak lain.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menambah, hakikatnya Anwar tidak sanggup dikritik oleh pihak lain sedangkan kritikan adalah perkara biasa bagi seorang ahli politik.


‘‘Jika dia benar seorang pejuang hak asasi manusia kenapa dia menggunakan mahkamah untuk menutup mulut orang lain.

‘‘Kalau seseorang menyaman orang lain kerana orang itu mengkritik dia, bermakna dia tidak sanggup menerima kritikan dan usaha dia untuk menutup mulut orang lain ialah dengan saman,’’ katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia berbanding mengambil tindakan sama terhadap beberapa bekas pemimpin PKR.

Chandra berkata, ahli politik yang matang akan memberi jawapan atau berbahas kepada setiap kritikan yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu.

‘‘Kalau sudah dalam gelanggang politik pendedahan isu-isu moral seseorang ahli politik adalah perkara biasa, itu tidak dapat dielakkan,’’ tegasnya.

‘‘Ini adalah mainan Anwar, sudah kehilangan modal dan tidak ada kerja lain, ini budaya dia,’’ katanya. - utusex malaysia

Cabar Anwar saman 3 'orang rapat'

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi 'pekung' akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia berbanding mengambil tindakan sama terhadap beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi antara terawal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Mengenai saranan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Anwar oleh beberapa pihak, Ezam berkata, ia dilihat bertujuan menghina institusi Perdana Menteri di negara ini.

Katanya, tidak wajar sama sekali seorang seperti Anwar disaran berdebat dengan seorang Perdana Menteri.

''Anwar wajib jawab atau saman dakwaan serius tiga individu berkenaan tentang aktiviti liwat, pelacuran dan skandal isteri orang sebelum layak berdebat dengan Perdana Menteri,'' tegasnya. - utusex malaysia


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas