BlogList Malaysia

06 December 2011

Papagomo Digesa Mohon Maaf Atas Penipuan Yang Dilakukan

Seorang kolumnis hari ini menuntut penulis blog pro-Umno papagomo.com, Wan Muhammad Azri Wan Deris meminta maaf atas satu tulisan di laman berkenaan yang didakwa memfitnah dirinya.

Kolumnis berkenaan, Amin Iskandar berkata, kandungan tulisan bertajuk 'Amin Iskandar penulis the malaysian insider akui dicabul Anwar Ibrahim' itu tidak benar dan merupakan satu fitnah yang menjatuhkan nama baiknya.

“Saya mendapati saya difitnah oleh penulis blog tersebut yang menuduh saya dicabul oleh (ketua pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan blog tesebut telah memaparkan sebuah gambar saya dan sebuah gambar yang bukan saya,” laporan polis itu dipetik.


Laporan berkenaan merujuk kepada salah satu daripada gambar yang didakwa Wan Muhammad Azri dalam tulisan berkenaan sebagai bukti bahawa Amin telah dicabul Anwar.

Foto dalam tulisan bertarikh disiarkan bersama tulisan bertarikh 26 November itu menunjukkan dua orang lelaki yang membelakangi kamera dan tidak memperlihatkan wajah kedua-duanya.

Ketika ditanya, Amin berkata beliau telah memastikan bahawa Wan Muhammad Azri, 28, merupakan penulis yang berselindung di sebalik nama samaran Papagomo di laman tersebut.

Katanya lagi, beliau memastikan demikian melalui semakan dengan "sumber yang dipercayai."

Peguam, Puspawati Rosman yang menemani Amin untuk membuat laporan di Balai Polis Travers berkata, tindakan hari ini merupakan langkah pertama ke atas Wan Muhammad Azri.

“Tuntutan utama adalah supaya penulis blog itu meminta maaf secara terbuka dan mengaku bahawa beliau telah berbohong dalam penulisan beliau.

“Sekiranya tuntutan mahkamah perlu dibuat supaya beliau mengaku, kita akan buat tuntutan mahkamah... Kita akan hantar surat tuntutan,” katanya lagi kepada pemberita selepas laporan polis itu dibuat.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas