BlogList Malaysia

02 November 2011

Orang India Sendiri Tolak, Umno Pulak Terima.. Tak Cerdik Sungguh..

NGO India Pertikai Perlantikan Nalla Sebagai Senator

KUALA LUMPUR, 2 Nov - Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), salah satu pertubuhan bukan kerajaan komuniti India, hari ini mempersoalkan pelantikan Datuk K S Nallakaruppan sebagai senator.

Nallakaruppan( gambar ), pengasas dan presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) akan mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara hari ini.

MIUP yang ditubuhkan selepas Nallakaruppan, bekas rakan sukan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008.


“Mipas ingin mempersoalkan adakah ia satu majlis (detik) yang harus di banggakan? Datuk Nalla menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia setelah keluar PKR, malangannya MIUP tidak menyertai pilihan raya umum ke-12, ia hanya menumpukan kepada kerja-kerja dalaman parti sahaja,” kata Setiausaha Agung Mipas S Barathidasan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kata beliau, MIUP juga bukan sebuah parti majoriti yang mewakili masyarakat India.

“Mipas ingin bertanya apakah sumbangan Datuk Nalla untuk masyarakat India dan negara? Pernahkah beliau membawa apa-apa perubahan dari segi ekonomi, sosial dan politik?” katanya lagi.

“Bagi Mipas, Datuk Nallakaruppan hanyalah merupakan bekas ‘rakan tenis’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, adakah untuk itu beliau di lantik sebagai senator?” kata beliau.

Nallakaruppan, 65, merupakan antara bekas pemimpin PKR dilantik dan ketua parti yang menyokong BN dari luar dilantik sebagai senator.

Sebelum ini, bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Kedua-duanya pernah dilabel sebagai antara orang kuat Anwar.TMI


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas