BlogList Malaysia

12 November 2011

Najib tiba di Hawaii hadiri sidang kemuncak APEC

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Hawaii Jumaat untuk menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, perdana menteri yang menaiki pesawat khas, tiba di Pangkalan Tentera Udara Hickam berhampiran Pearl Harbour pada pukul 3.45 petang waktu tempatan.

Ketibaan beliau dan isteri disambut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Datuk Seri Jamaludin Jarjis serta isteri masing-masing.


Najib juga dijadualkan menghadiri mesyuarat sulung para pemimpin Pakatan Trans-Pasifik sembilan anggota pada Sabtu, yang akan dihoskan Presiden Amerika Barack Obama.

Sidang kemuncak APEC akan bermula pada Ahad dengan para pemimpin terbabit dijangka memberi fokus terhadap usaha ke arah memperkukuh integrasi serta pertumbuhan ekonomi dan pembangunan serantau.

Sebahagian daripada jadual asal perdana menteri, termasuk pertemuan dua hala beliau dengan Presiden Mexico Feliope Calderon pada Sabtu, dibatalkan apabila pemimpin Mexico itu membatalkan kedatangannya ke Hawaii berikutan kematian Menteri Dalam Negeri Jose Francisco Blake Mora dalam nahas helikopter awal hari ini.

- Bernama

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas