BlogList Malaysia

20 November 2011

Lawak Terkini Zul Kulim

Tuduhan bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dan bukunya "Memoir Perjuangan Politik" yang mengatakan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin pernah minta RM60,000 untuk mengosongkan kerusi parlimen itu bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding membuka lebih banyak pekung Ketua Pembangkang itu.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan, Ahli Parlimen Bebas itu sebaliknya mendawa Syed Husin sendiri berjumpanya mewakili Anwar dengan janji jawatan tinggi dalam mana-mana GLC Kerajaan Selangor dengan imbuhan RM50,000 hingga RM60,000 sebulan jika setuju mengosongkan kerusi tersebut.

Episod ini didakwa berlaku setelah Anwar tamat ' tempoh edah' tak boleh bertanding selepas keluar dari penjara.Anwar kemudiannya bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh ambilalih dari Datuk Seri Wan Azizah Ismail.


Beliau juga mendakwa Syed Husin pernah memberitahunya kalau dia (Syed Husin) mengosongkan kerusi Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin Ali, Anwar menjanjikan kepadaya jawatan Senator.

Zulkifli mendakwa Anwar terdesak dengan menggunakan 'anjing'anjing pencen' untuk menyerang beliau dan Senator Ezam Mohd Noor.

Beliau juga mendaka bahawa Anwar juga memaksa Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh bagi membolehkannya bertanding.

Menurut Zulkifli ,yang merupakan bekas pimpinan kanan PKR, selama lebih 10 tahun teman menjadi antara peguam utama Anwar, sehingga disumbat dalam tahanan ISA, beliau tidak pernah meminta atau dibayar walau satu sen pun daripada Anwar sebagai imbuhan fee khidmat guaman dan semuanya percuma.

Sumber : Agenda Daily

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas