BlogList Malaysia

04 November 2011

Banduan Kini Berpeluang Miliki Ijazah Dari UUM Sintok

UUM buka peluang banduan lanjut pelajaran

Universiti Utara Malaysia (UUM) menawarkan peluang kepada penghuni penjara di negara ini untuk melanjutkan pelajaran bagi peringkat ijazah dan pasca siswazah.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata universiti itu akan menyediakan tempat jika ada permohonan daripada banduan dan mendapat persetujuan Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Penjara.

"UUM kini menjadi pilihan badan korporat, artis, agensi kerajaan, pengamal media dan ahli politik untuk melanjutkan pengajian mereka.


"Sekiranya ada permohonan daripada pihak Jabatan Penjara untuk membenarkan banduan melanjutkan pengajian, kami bersedia untuk bekerjasama ke arah itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu Ketua Pengarah Penjara Datuk Zulkifli Omar yang diminta mengulas mengenai perkara tersebut, berkata pihaknya akan mengkaji cadangan berkenaan selepas mendapat persetujuan Kementerian Dalam Negeri.

Zulkifli berkata pihaknya melihat peluang seperti itu dapat memberi sinar baru kepada banduan, selain menjadikan penjara tempat untuk mereka membetulkan kesilapan akibat terbabit jenayah.

"Kami melihat penghuni penjara ini ada antara mereka yang disisihkan dan diabaikan oleh keluarga dan masyarakat dan berharap dengan usaha sebegini mereka akan mula diberi perhatian," katanya.

UUM sebelum ini telah menandatangani satu perjanjian persetujuan (MoA) dengan Jabatan Penjara bagi pelaksanaan program akademik peringkat pasca siswazah iaitu Diploma Siswazah Sains Koreksional.

Program diwujudkan khas sebagai kursus asas kepada timbalan penguasa penjara lantikan baru, selaras dengan keperluan jabatan itu bagi memastikan semua anggotanya dapat menguasai ilmu berkaitan dengan bidang pengurusan koreksional.

Program yang memfokuskan kepada pemulihan dan pengurusan koreksional itu adalah satu-satunya program pasca siswazah di negara ini.

- Bernama

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas