BlogList Malaysia

25 November 2011

AUKU - Kalau Dah Nak Hapuskan Kenapa Perlu Buat Rayuan Lagi?

AUKU: Badan pelajar minta Putrajaya tidak rayu

KUALA LUMPUR, 25 Nov ― Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta kerajaan tidak meneruskan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes dibawa pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan membuat rayuan berhubung keputusan yang diumumkan 31 Oktober lalu.

“PKPIM melihat adalah lebih baik sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak sah,” kata Presiden Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dalam satu kenyataan hari ini.


Kata beliau, langkah itu secara tidak langsung menunjukkan iltizam dan komitmen sebenar kerajaan dalam bersikap terbuka dan berjiwa besar dalam menangani isu ini.

“PKPIM memandang bahawa keputusan mahkamah ini tidak harus dilihat daripada aspek pihak mana yang menang dan pihak mana yang kalah, sebaliknya hendaklah meliputi persoalan moral dan intelektual di sebaliknya,” katanya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas