BlogList Malaysia

02 October 2011

Ulang Tahun PAS - Karpal Tak Hadirpun Tak Apa.. Buat Menyibuk Saja..

Ketidakhadiran Karpal timbulkan persoalan

Dewan Milenium di Kepala Batas seolah-olah berpesta malam semalam apabila ribuan orang membanjirinya bagi menyambut majlis ulang tahun ke-60 PAS.

Jumlah hadirin terus bertamabah dan ketika Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyampaikan amanatnya, diianggarkan tidaak kurang 10,000 yang hadir.

Bangunan tiga tingkat tempat majlis ini diadakan sesak, ratusan lagi duduk di atas lantai beralaskan tikar dengan membawa anak-anak termasuk yang masih bayi bersama.

Ucapan Nik Aziz banyak berkisar tentang agama tetapi diselitkan juga dengan anekdot, lawak jenaka dan kias yang terus memikat pendengar sambil disambut gelak ketawa, walaupun mesejnya serius.



Turut hadir pada majlis yang berlangsung hampir tiga jam itu adalah kepimpinan tertinggi PAS termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim terpaksa mengundurkan dirinya dari majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 1,500 penyokong DAP yang bertujuan memgumpulkan dana oleh DAP Bukit di Tanjung Tokong, dan bergegas sisebalik kesesakan lalu lintas di pulau itu untuk tiba di Kepala Batas pada kira-kira jam 11 malam bagi menyaksikan majlis penutup sekutunya PAS.

Walau bagaimanapun, paling ketara yang tidak hadir pada malam itu adalah pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh.

Diminta menjelaskan ketidakhadiran Karpal, timbalan presiden PAS, Mohammad Sabu berkata beliau tidak tahu sebab sebenar.

Katanya, tidak mungkin bahawa Karpal tidak dijemput kerana gambarnya juga tertera di kain rentang yang mempromosikan acara itu di seluruh bandar.

"Ini mungkin salah faham, mungkin pejabatnya tidak mendapat surat jemputan, ataupun mungkin dia tidak sihat ... lagipun dia terpaksa gunakan kerusi roda," kata pemimpin PAS itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Apabila diasak wartawan, sekiranya ketidak-hadiran Karpal ada kaitan dengan kontroversi baru-baru ini berhubung desakan PAS untuk melaksanakan hukum hudud, Mat Sabu berkata "tidak... tidak".

Ketika ditemui, ahli jawatankuasa PAS pusat Mujahid Yusof Rawa juga berkata beliau tidak mengetahui sebab-sebab Karpal tidak hadir pada majlis PAS itu.

Malah, Lim berkata beliau akan berhubung dengan hari ini, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mengapa Karpal tidak hadir.

"Saya akan menelefon dia, saya akan telefon dia ... Jika saya ada kerja yang perlu dilakukan, saya juga tidak dapat hadir," katanya kepada pemberita yang terus menyerbunya untuk mendapatkan jawapan selepas ceramah itu berakhir.



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas