BlogList Malaysia

07 October 2011

Selagi BN Berkuasa Gani Patail Tidak Akan Didakwa

Nazri: Keputusan tidak dakwa Gani Patail masih kekal

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Putrajaya menegaskan tiada tindakan akan dikenakan ke atas Tan Sri Abdul Gani Patail meskipun wujud dakwaan terbaru berkenaan amalan rasuah dan mengada-adakan bukti yang dibawa ke atas peguam negara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata keputusan tahun lalu berhubung dakwaan pembabitan Gani dalam kes berkaitan mata lebam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal.

“Jawapan yang sama, jawapan yang sama. Saya telah menjawab (Penasihat DAP Lim) Kit Siang di Parlimen sebelum ini. Jawapannya masih sama,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditanya sama ada Putrajaya akan bertindak ekoran kemunculan dakwaan baru ke atas Gani.


Apabila ditanya sama ada kerajaan ke atas pengadu-pengadu terhadap Gani, Nazri menjawab: “Jawapan yang sama.”

Pada 14 Disember lalu, kerajaan mengetepikan dakwaan dikemukakan oleh seorang bekas pegawai penyiasat polis Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa Gani telah memalsukan dokumen-dokumen berkaitan dengan kes mata lebam Anwar.

Sebaliknya, Nazri telah memberitahu Parlimen tidak perlu bagi Mat Zain untuk mengadu bahawa panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat pemalsuan bukti telah gagal untuk membersihkan namanya dalam insiden itu.

Ini kerana, menurut Nazri, Mat Zain tidak pernah tertakluk kepada siasatan panel, sebaliknya hanya dipanggil sebagai saksi untuk memberi keterangan.

“Lembaga penasihat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), menerusi suratnya kepada Mat Zain pada 23 Julai 2009, sudah pun menekankan bahawa tidak perlu diadakan panel bebas atau SPRM untuk menjelaskan nama Mat Zain, kerana beliau sama sekali bukan subjek siasatan,” katanya.

Dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Mat Zain menegaskan kuasa untuk menubuhkan sebuah tribunal terletak pada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.

Di sebalik respons Nazri itu, Mat Zain terus-menerus berusaha untuk meyakinkan kerajaan agar mendakwa Gani dan beberapa bulan lalu menghantar siri surat terbuka kepada Ismail. - TMI



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas