BlogList Malaysia

29 October 2011

Kehadiran Najib Di CHOGM Disambut Hangat


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Perth Rabu lepas bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM) dan mesyuarat berkaitan.

Delegasi dari 54 negara Komanwel menghadiri persidangan 3-hari di Pusat Konvensyen Perth pada Okt 28 dan kesempatan tersebut diambil oleh, Rangkaian Tindakan CHOGM (CAN), untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa terhadap situasi politik di Malaysia.

CAN dianggotai oleh serangkaian besar gerakan sosial termasuklah Bersih.


Najib yang mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM yang disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Mustapa Mohamed serta pegawai kementerian berkenaan telah diberikan sambutan hangat oleh rakyat Malaysia yang berada di Australia yang berpakaian kuning berhampiran pusat konvensyen berkenaan.

“CHOGM adalah satu persidangan antarabangsa dan ini merupakan masa terbaik untuk memberitahu dunia apa yang sebenarnya yang berlaku Malaysia,” kata Chom Lee, jurucakap CAN.

“Masyarakat luar negara telah terpedaya dengan penipuan kerajaan dan ramai beranggapan Malaysia mengamalkan demokrasi yang sebenarnya, sedangkan hakikatnya adalah disebaliknya.”

Beliau berkata CAN berharap agar ketua-ketua Komanwel menyoal Najib mengenai tuntutan Bersih 2.0 mengenai 8 perkara dan juga mengenai rasuah dan isu pengasingan kuasa di Malaysia.

Beliau memberikan beberapa contoh penyalahgunaan kuasa dan rasuah termasuk kematian mereka yang disoal siasat SPRM dan polis, pembelian kapal selam Scorpene dan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.

Lee, yang kini menetap di Perth sejak 10 tahun lalu, menyatakan keluarganya menghantar beliau keluar dari Malaysia kerana mendakwa beliau menjadi mangsa kepada sistem yang korup.

“Saya kini telah bekerja sepenuh masa di sini disamping memperjuangkan hak generasi yang akan datang kembali ke tanahair,”

Lebih seribu orang beratur dan membuat demonstrasi aman dengan mendapat kerjasama baik dari polis Australia.













Facebook Bersihkan Malaysia

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas