BlogList Malaysia

20 October 2011

Dua Facebook Dibina Untuk Nyatakan Sokongan Kepada Prof. Aziz Bari

Tak sampai 3 jam, berita Prof Abdul Aziz Barri digantung tugas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disebarkan, dua laman facebook dibina untuk membela ahli akademik itu.

Dua laman berkenaan adalah 10000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari dan Kami Bersama Menyokong Prof Aziz Bari yang menggamit rakyat Malaysia khususnya anak muda melakukan protes terbuka.

Abdul Aziz bagaikan Hang Jebat kerana berani turun dari menara gading bagi menasihatkan seorang Sultan supaya kembali menghayati konsep "raja berpelembagaan", bukan menjadi 'alat politik' Umno.


Hang Jebat pernah berkata, "Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah".

Mungkin itulah semangat murni yang ditiupkan dalam kedua-dua page Facebook berkenaan.

Sehingga 2.44 petang tadi, 393 rakyat Malaysia sudah menyertai Kami Bersama Menyokong Prof Aziz Bari.

10000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari pula disertai oleh 623.

Dijangka kedua-dua page itu menerima sokongan lebih 1,000 menjelang 12.00 tengah malam ini.

Dilaporkan, Aziz Bari dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti". Beliau diminta memberi surat tunjuk sebab paling lewat 25 Oktober depan.

Sejak tengah hari tadi, dilaporkan, Aziz Bari dihalang dari akses universitinya.

Beliau berkhidmad di universiti itu sejak 22 tahun lalu. Hampir 100 sarjana mendapat PhD melalui seliaan beliau.

Mungkin insiden ini mempunyai unsur pencabulan "autonomi kampus". Maka, dilaporkan Universiti mengelak dari memberi ulasan lanjut kepada media. -END

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas