BlogList Malaysia

25 October 2011

Aziz Bari - Kekal Sebagai Suspek Dan Polis Terus Menganggu

Walaupun penggantungannya sebagai pensyarah universiti ditarik balik, Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menjangkakan insiden yang dihadapinya masih jauh dari penamat, dan mungkin bertambah buruk.

"Mereka (universiti) harapkan saya bekerja macam biasa, tetapi saya kekal sebagai suspek dan polis terus mengganggu saya," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, ketika siasatan UIA masih belum membuat sebarang kesimpulan, penarikan balik penggantungannya hanya bertujuan "menenangkan orang awam".


"Apa lagi selepas ini? Tindakan disiplin dariapda UIA?"

Atau, tambahnya, sama ada polis akan mencadangkan pendakawaan terhadapnya dibuat berdasarkan Akta Hasutan.

Aziz berkata, beliau terpaksa meneruskan kerjanya sebagai pensyarah undang-undang walaupun menghadapi pelbagai ketidaktentuan.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas