BlogList Malaysia

09 September 2011

PRU-13: Putrajaya masih kaji guna sistem biometric

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Kabinet masih mempertimbangkan idea menggunakan sistem biometrik pada pilihan raya umum ke-13 meskipun ia telah memutuskan penggunaan dakwat kekal.

Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu tuntutan Bersih 2.0.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa sementara peruntukan bagi sistem itu telah diluluskan secara dasarnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan satu kajian secara komprehensif dan mengelakkan masalah-masalah berkaitan dengan sistem yang digunakan di Jabatan Imigresen sekarang.


“Perdana Menteri ada bercakap dengan SPR mengenai perkara ini. Dakwat kekal OK, tetapi Kabinet mahu lebih banyak masa untuk mengkaji semula sistem biometrik,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Katanya, tiada satu tempoh ditetapkan bagi sistem biometrik dikaji meskipun wujud spekulasi bahawa pilihan raya umum akan dipanggil dalam setahun ini.

Mandat semasa kerajaan berakhir pada April 2013 dan SPR sudah pun memulakan persediaan ke arah pilihan raya umum ke-13.

Difahamkan bahawa sekurang-kurangnya tiga syarikat membida untuk membekalkan sistem biometrik kepada SPR termasuk firma yang bekerja dengan Jabatan Imigresen.

Dua minggu lalu, SPR berkata ia sedang mengkaji untuk menggunakan kedua-dua sistem itu.

SPR sepatutnya menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum 2008, tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas