BlogList Malaysia

29 September 2011

Hudud - Pas Syok Sendiri Atau Dikhianati Pakatan?

Keputusan telah pun dijangka. Memang dah tahu pun sebelum mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat lagi. Malah kalau tak buat mesyuarat pun, keputusannya telah dapat diduga oleh semua orang. Keputusannya telah lama dibuat dan keputusan tersebut tidak pernah berubah walaupun dipujuk, dirayu, diampu dan dibodek dengan ekor serban.

Selagi kata untuk umat Islam, bermakna ia adalah keputusan yang menerima tentangan kuat. Lainlah kalau mesyuarat untuk menentukan apakah tindakan yang boleh dibuat untuk menghancurkan UMNO atau membubarkan PAS, maka sudah pastilah keputusan yang akan diterima adalah PERSETUJUAN SEBULAT SUARA serta SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAHAGI.

Kalau Nik Abdul Aziz dan para pengikutnya masih berasakan DAP adalah sekutu terbaik yang akan menyanjung PAS kerana cuba menarik undi Melayu, mereka tersilap besar. DAP boleh berkompromi malah sanggup memberikan bantuan berbentuk dana dan kepakaran, bahkan terlibat secara langsung jikalau PAS ingin menjatuhkan UMNO, tetapi kalau untuk PAS berdiri kuat dan mendapat sokongan ramai kerana dasar Islam, jangan haraplah DAP akan bersetuju.


Keputusan mesyuarat kepimpinan utama Pakatan Rakyat berkenaan hudud telah pun diketahui. Hudud tidak akan dilaksanakan, tidak akan disebut, bahkan tidak akan dijadikan sebagai umpan undi untuk pilihanraya TANPA PERSETUJUAN DAP!

Walaupun PAS dibenarkan menggunakan hudud semasa berkempen, tetapi ia hanyalah bersifat retorik dan kempen semata-mata. PAS boleh berbohong dan menyampaikan angan-angan mereka tentang perlaksanaan hudud di Kelantan kalau mereka berkuasa, tetapi setakat itu sahajalah. Perlaksanaan secara fizikal TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. (BACA DI SINI)

Berkuasa atau tidak DAP dalam Pakatan Rakyat boleh dilihat daripada konsensus yang dipersetujui. PAS menyalurkan keinginan mereka agar hudud diperkenalkan dan dilaksanakan. DAP menentang. PKR memilih untuk menyertai DAP dalam tentangan berkenaan. Maka akhirnya PAS hanya terkulat-kulat dan Nik Abdul Aziz tidak ubah seperti kain buruk pengelap lantai.... tidak ada nilai dan iltizamnya kosong semata-mata.

Pun begitu, sesuatu yang benar turut disampaikan oleh mesyuarat tersebut. Sebarang undang-undang 'baru' yang ingin dilaksanakan, memerlukan pindaan perlembagaan. Dan untuk meminda perlembagaan, memerlukan dua pertiga majoriti.

Pihak mana yang ada dua pertiga sekarang dan sebelum-sebelum ini? Barisan Nasional memang mempunyai dua pertiga tetapi kerusi Melayu-Islam, tidak pernah mencapai dua pertiga kerusi yang dimonopoli oleh Barisan Nasional. Manakala PAS pula kekal sebagai parti serpihan yang tercorot tetapi berlagak sebagai parti besar yang dominan.

Anwar boleh cakap apa-apa sahaja tentang 'kehebatan' Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional. Dia boleh mencipta cerita kononnya, ketiga-tiga parti komponen pakatan yang tidak berdaftar itu mempunyai pendirian dan bebas menyuarakan pendapat masing-masing berbanding di dalam Barisan Nasional... hakikatnya, baik PKR apatah lagi DAP, tuan besar mereka adalah DAP!

Itu adalah jelas dan tidak boleh dinafikan lagi!!!

The Flying Kick



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas