GCM isytihar ‘perang’ jika isu murtad tidak selesai
Senator Mohamad Ezam Mohd Nor berkata tindakan ini demi mempertahankan akidah sekiranya mereka tidak berhenti menyesatkan umat Islam.
SHAH ALAM: Gerakan Cegah Murtad (GCM) memberi amaran akan melancarkan ‘perang’ jika isu memurtadkan umat Islam tidak ditangani dengan segera.
Senator Mohamad Ezam Mohd Nor berkata tindakan ini demi mempertahankan akidah sekiranya mereka tidak berhenti menyesatkan umat Islam.
“Kepada masyarakat bukan Islam, kami tiada masalah dengan anda.
“Tetapi kita ada masalah besar dengan orang-orang bukan Islam yang biadap dengan agama Islam dan yang cuba menarik umat Islam keluar daripada agama,” katanya di hadapan kira-kira 500 orang awam yang baru selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
0 Komen :
Post a Comment