BlogList Malaysia

22 August 2011

Pemimpin PKR Hanya Pentingkan Jawatan : Noh Omar

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata saranan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kerajaan melantik ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) memperlihatkan sikap mereka yang "gila kuasa" dan jawatan.

Beliau berkata ia tidak sepatutnya dibuat Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana ia seolah-olah mempolitikkan jawatankuasa itu yang ditubuhkan untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.

Noh berkata PKR tidak layak meminta jawatan itu sebab dilihat masih menjadi kuda tunggangan kepada DAP terutamanya daripada segi keputusan yang dibuat di peringkat negeri Selangor.


"Apa guna jawatan kalau jawatan hanya sekadar dijadikan kuda tunggangan oleh orang lain?" katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Khas Pra-Aidilfitri di tapak pasar tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Seksyen 13 di sini, Ahad.

Noh mengulas saranan Wan Azizah yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad.

Menurut Wan Azizah, pelantikan Anwar yang juga suaminya sebagai ketua jawatankuasa itu kononnya akan mewujudkan keseimbangan dalam usaha menambah baik sistem pilihan raya.

Mengulas lanjut, Noh berkata PKR sepatutnya mengetahui bahawa JTP adalah satu usaha kerajaan untuk menambah baik sistem pilihan raya sedia ada, termasuk memberi ruang kepada pembangkang untuk menganggotai jawatankuasa itu.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas