BlogList Malaysia

24 August 2011

DAP Bakal Jadi Ketua Menteri Melaka.. BN Bermain Api Perkauman?

PETALING JAYA: PAS Melaka mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) mula bermain api dan menyebarkan dakyah dengan mengatakan DAP akan menjadi Ketua Menteri Melaka jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13.

“Pemimpin Umno masuk ke kampung-kampung berkempen mengatakan DAP akan jadi Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah Melaka.

“Ini fitnah kerana Pakatan Rakyat tidak pernah memutuskan akan melantik pemimpin DAP sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pilihan raya umum, kata Ketua Penerangan PAS Melaka, Kamaruddin Sidek.


Ujar beliau, “kita minta Umno jangan memainkan isu ini kerana ia sensitif, kita minta mereka menghentikan segera fitnah tersebut.”

Beliau berkata, BN membuat dakyah itu bagi menjauhkan pengundi Melayu menyokong Pakatan Rakyat.

“Fakta bahawa jika Pakatan menang majoriti di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, wakil rakyat DAP menjadi Ketua Menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka.

Perang saraf

“Ini semua adalah perang saraf Umno-BN,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Melaka mempunyai 28 kerusi Dun dan ketika ini BN menguasai 23 kerusi manakala Pakatan Rakyat lima semuanya oleh DAP. Pakatan

Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 15 kerusi Dun untuk memerintah negeri Melaka.

Pada PRU 2008, DAP bertanding lapan kerusi, PAS 12 dan PKR tujuh kerusi.

Pengarah Pilihan Raya PKR Melaka, Mohamad Yusof Abdullah menegaskan tidak mungkin wakil rakyat DAP menjadi Ketua Menteri Melaka kerana mereka bukan majoriti di kalangan pembangkang.

“Majoriti kerusi adalah Melayu dan sekaligus bermakna Ketua Menteri merupakan orang Melayu walaupun Pakatan Rakyat yang memerintah,” katanya.

Dipetik dari FMT


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas