KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Semua pemblog wajar mengikut langkah akhbar Indonesia, Kompas yang memohon maaf berikutan laporan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang disiarkan 4 Ogos lalu — antara lain berkaitan dengan isu cincin AS$24 juta.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) berkata pemblog atau sesiapa sahaja yang menimbulkan isu seperti ini sepatutnya berbuat perkara yang sama memandangkan perkara ini boleh menjejaskan reputasi seseorang yang berjawatan tinggi dalam sesebuah negara.
“Mereka yang telah menulis seperti Kompas itu di tanah air kita, sama ada pemblog atau mereka yang sengaja menimbulkan isu-isu ini harus berbuat sama seperti Kompas.
“Tapi keadaan dunia hari ini berapa orang sangatlah yang hendak tampil dan mohon maaf, sehingga diseret mungkin barangkali baru hendak pohon maaf,” katanya dipetik Bernama Online malam tadi.
0 Komen :
Post a Comment