BlogList Malaysia

30 July 2011

MIC Bertepuk Sakan.. HaHaHa..

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MIC, parti komponen BN itu, akan menerima satu lagi jawatan menteri penuh — amalan yang dipraktikkan ketika pentadbiran bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak.

Dengan keputusan itu kata Najib, Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel (gambar) akan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi membuktikan komitmen pentadbirannya ke atas masyarakat India.

Perkembangan itu dilihat satu lagi strategi Najib memikat sokongan masyarakat India menjelang pilihan raya umum ke-13 selepas merosot teruk tiga tahun lalu.


Permintaan agar BN memperuntukkan jawatan menteri penuh kedua telah dibuat sejak era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya hendak kembali ke era Tun Razak apabila ada (wakil) India Malaysia dalam Kabinetnya,” kata beliau ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC di sini petang ini.

Najib berkata Yang di-Pertuan Agong sudah memberi perkenan atas keputusannya dan Palanivel, kini merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Perusahaan dan Komoditi, akan mengangkat sumpah dalam waktu terdekat.

Palanivel dilantik sebagai senator pertengahan tahun lalu. Beliau tewas dalam pilihan raya umum Mac 2008 dan gagal menjadi calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April 2010.

Sebagai kompromi beliau dilantik menjadi anggota Dewan Negara dan dijadikan timbalan menteri.
Beliau menggantikan Datuk Seri S Samy Vellu sebagai Presiden MIC pertengahan Disember lalu.

Ini perhimpunan agung pertama baginya selaku ketua MIC.



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas