Sebelum menjawab, macam biasa Pak Dee nak siarkan 100% tanpa suntingan apa yang ditulis oleh blogger tegar UMNO bernama 'Kedah Times' ni. Yeelah kalau baca jawapan saja tanpa baca bahan asal fitnah tu, macam mana nak faham di samping dapat juga pembaca teliti akan perangai mereka yang gemar memaki hamun, menghina dan memperlekehkan pihak yang tidak sehaluan dengan mereka (semoga Allah AWT memberi taufik hidayah kepada mereka untuk meninggalkan kerja terkutuk itu). Inilah bahannya:
Synergy Kepala Hotak, Bodohkan Rakyat
1. Oleh kerana SADA sudah diswastakan, maka kerajaan negeri tidak lagi boleh sewenang-wenangnya ambil duit SADA, macam ambil duit JBA untuk perbelanjaan. Satu cara mendapatkan duit dari SADA ialah melalui keuntungan, dan kerajaan negeri sebagai pemegang saham dapatlah merasa duit tersebut.
2. Masalahnya, SADA beroperasi berasaskan kebajikan selama dibawah BN, iaitu keuntungan ditempat kedua, kemudahan kepada rakyat adalah lebih utama. Jika polisi ini diteruskan, SADA memang tidak boleh untung, maka kerajaan negeri tidak mungkin dapat merasa duit dari syarkat swasta ini.
3. Untuk memastikan SADA untung, maka prinsip paling mudah oleh pentadbir bodoh ialah menaikkan harga. Senang bukan, rakyat bukan ada pilihan nak dapatkan bekalan air dari syarikat lain.
4. Dengan kenaikan harga air, dapatlah SADA buat untung, tapi untung kena tunggu hujung tahun, bukan boleh edar dividen setiap bulan.
5. Idea paling kemas ialah Synergy, iaitu mengabungkan beberapa kekuatan.
6. Bacaan meter telah dikontrakkan kepada swasta BPO Innovation (yang website pun lintang pukang) pada harga RM1.20 satu meter (unit jangka). Dengan bilangan pengguna hampir setengah juta, maka sebanyak RM0.5 juta perlu dibayar kepada BPO Innovation setiap bulan, hanya untuk membaca meter.
7. Tidak cukup wang Setengah juta setiap bulan untuk kroni, ada lagi satu Synergy yang dibuat oleh BPO Innovation dengan kontraktor SADA untuk meniriskan SADA dan wang rakyat secukupnya.
8. BPO walaupun menuntut bayaran kononnya 100% meter dibaca setiap bulan, namun kebanyakan meter dibuat anggaran sahaja. Anggaran pun dibayar RM1.20, ini kerja gila namanya.
9. Sebenarnya itu belum cukup gila. Anggaran yang dibuat sentiasa jauh melebihi penggunaan sehingga banyak pengguna dipotong bekalannya kerana tidak membuat bayaran "penuh" mengikut anggran BPO Innovation.
10. Setelah bekalan dipotong, pengguna mestilah membayar bil dan juga upah pemotongan dan penyambungan semula.
11. Masuk bil bulan hadapan, bil jadi negatif setelah penyelarasan dibuat. Jika ini kes-kes terpencil tidak mengapa, tetapi ia menjadi fenomena berterus untuk memastikan kontraktor kroni-kroni PAS dapat mengumpul wang secukupnya jika negera jatuh kembai kepada BN.
12. Tidak nampak lah pula dimana lebih Islamnya PAS ni, tetapi sinergy (kesepaduan) kroni-kroni PAS a untuk menindas rakyat, memang hebat lah.
13. Tanya la Ustaz Azizan, jawapannya kita pun tau, dia dah tentu tak tau.
Maka dengarlah penjelasannya baik-baik (tanpa sebarang maki hamun dan penghinaan terhadap pihak penuduh):
1) SADA tidak diswastakan tetapi dikorporatkan dari sebuah jabatan kerajaan (Jabatan Bekalan Air Kedah - JBAK). Tanggungjawab sosial bagi sebuah badan korporat adalah jauh lebih tinggi dari syarikat swasta yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Untuk dapat lebih kefahaman elok KT study perbezaan antara pengkorporatan dan pengswastaan.
2) Kerajaan negeri bukan 'pemegang saham' SADA tetapi SADA adalah milik kerajaan negeri ataupun milik rakyat Kedah 100 peratus. SADA tidak pernah membuka saham untuk dijual kepada sesiapa.
3) Menaikkan tarif air bukan keputusan yang dibuat oleh SADA tetapi keputusan Kerajaan Pusat (BN) setelah SADA tertakluk di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang diikat di bawah Akta Parlimen. SADA terpaksa menjelaskan hutang urusan air kepada Pusat setelah menjadi 'hamba hutang' akibat hutang yang dibuat oleh BN dulu iaitu sebanyak RM1.83 billion. Dengan menaikkan tarif air 2 sen untuk 1 tong dram tu, SADA hanya dapat mengurangkan anggaran kerugian bukan mencatatkan keuntungan lagi.. walaupun rugi yang penting SADA dapat menunaikan tanggungjawab sosial terhadap rakyat. Kebanyakan hutang dibuat kerana kerajaan negeri BN dulu menolak pemberian geran pusat (urusan air) di mana negeri tak payah bayar balik, sebaliknya mahu pemberian distatuskan sebagai pinjaman (kena bayar balik). Sebabnya, jika pinjaman Negeri boleh tentukan sendiri kontraktor... boleh pilih kroni depa...? (wallahuaklam).
4) Kontraktor pembaca meter iaitu BPO Innovation bukan baru dilantik di bawah SADA, ia adalah kontraktor yang dilantik sewaktu JBAK, di zaman BN dulu.. hok tuu lah tak tukaq pon. Macam Exco PR Kedah yang tak buang PA... bekas PA Exco BN dulu, sebab tak mau depa hilang mata pencarian. Pak Dee pun tak siasat BPO-I tu sapa punya, yang pasti dia bukan syarikat kroni PAS kerana adalah mustahil kroni PAS boleh dapat kontrak waktu BN jadi kerajaan. (Tapi ingat.. kroni BN boleh dapat projek kerajaan negeri sekarang.)
5) Bacaan meter dibuat berdasarkan anggaran? Ini adalah fitnah semata-mata. SADA tak bodoh untuk untuk membenarkan perbuatan tidak professional itu dilakukan. Semua pembaca meter yang dengar tuduhan ini 'tepuk dahi'... kreatif sungguh KT mereka-reka cerita. Mudah saja nak buktikan.. waktu pembaca meter mai ke rumah, check tengok bacaan tercatat dalam bil dengan bacaan sebenar pada meter. Jika tak sama laporkan perbuatan curang pembaca meter itu dekat SADA, buat bukti video pun boleh sebab ni bukan kes hudud. Tapi kalau KT tak dapat buktikan, jangan buat fitnah dan tuduh BPO/SADA buat 'kerja gila'. Fitnah satu dosa, maki orang tambah lagi satu dosa...
6) Kontraktor kroni PAS di SADA? Pak Dee nak minta secara elok (bukan nak cabar) KT senaraikan kroni PAS yang dapat projek SADA, bidang apa? Kemudian senaraikan juga semua projek-projek SADA, sapa kontraktornya? Buat permulaan Pak Dee nak bantu KT senaraikan kontraktor besar projek SADA/JBAK:
a) Haji Husin Pronas (ahli UMNO) dapat projek bina loji air Jeniang RM100 juta
b) Dato' Yusof Usima (Naib Ketua UMNO Bhg Alor Setar) bina loji air Pinang Tunggal RM100 juta
c) Dato' Seri Mahdzir Khalid Syarikat Air Kedah bina loji Padang Sanai RM155 juta
Semoga jawapan ini dapat menjelaskan segala kekaburan dan semoga KT diberi taufek dan hidayah oleh Allah SWT untuk menghentikan perbuatan memfitnah atau memanjangkan fitnah yang mungkin dilakukan secara tidak sengaja itu. Wallahu'aklam.
Kedah La
0 Komen :
Post a Comment