BlogList Malaysia

14 July 2011

BERSIH 2.0 di Kaherah Mesir

9 Julai,Kaherah,Mesir - Suasana di Dataran Hayyu Asyier,Kaherah tempat dimana kebanyakkan kompleks yang menempatkan pelajar-pelajar Malaysia di sini bertukar riuh rendah apabila kebanyakkan pelajar-pelajar Malaysia hari ini berhimpun untuk satu suara dan satu matlamat iaitu menyatakan sokongan padu terhadap perhimpunan BERSIH 2.0 di Malaysia.

Perhimpunan yang disertai hampir 300 mahasiswa/wi Al-Azhar dari seluruh Mesir itu termasuk mahasiswa/wi perubatan Al-Azhar itu, mula berhimpun jam 4 petang(waktu tempatan). Perhimpunan tersebut mula meriah dan bersemangat apabila kebanyakkan mahasiswa/wi Azhar tiba di dataran tersebut setelah selesai solat Asar. Hampir seluruh mahasiswa/wi Azhar pada masa itu mengenakan pakaian kuning dan ada juga yang mengenakan pakaian tema baju BERSIH 2.0 dalam menyokong seratus peratus perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur. Perhimpunan ini juga telah dilaksanakan di beberapa buah negara yang lain seperti Australia,New York, Hong Kong dan beberapa negara lain lagi.



Jurucakap SUARA iaitu satu pertubuhan di bawah PMRAM(NGO di Mesir), Ust Mohd Firdaus bin Mazlan berkata, perhimpunan kali ini bertujuan menyatakan sokongan padu terhadap BERSIH 2.0 yang menuntut keadilan dalam pilihanraya ke-13 nanti. Beliau juga melarang mahasiswa/wi Azhar pada ketika itu untuk membuat demontrasi secara keterlaluan dan cukup sekadar menandatangani pada banner yang telah disediakan untuk diwarkan kepada masyarakat di Malaysia betapa mahasiswa/wi Malaysia di Mesir juga prihatin kepada keadaan di Malaysia. Turut dipaparkan adalah mahasiswa/wi Malaysia di Mesir sempat mengambil gambar sempena perhimpunan beramai-ramai tersebut.

Dalam pada itu, beberapa hari sebelumnya, mahasiswa/wi di Mesir khususnya di Kaherah telah pun membuat perhimpunan kecil di tempat yang sama tetapi perhimpunan ini telah berarak ke tempat lain seperti di Hayyu Sabie' untuk menwar-warkan perhimpunan besar-besaran yang sama dan di tempat yang sama pada 9 Julai nanti.





Ust.Mohd Firdaus sedang berucap kepada semua peserta perhimpunan


Perhimpunan tersebut(9 Julai) berakhir dengan bacaan doa untuk kesejahteraan di Malaysia khususnya dan di serata dunia dan diaminkan oleh semua mahasiswa/wi yang berada disitu. Perhimpunan tersebut berakhir pada jam 5.15 petang(waktu tempatan).

Dipetik dari huseinrider.blogspot.com

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas