BlogList Malaysia

11 July 2011

Ambiga bakal disaman RM100 juta

KUALA LUMPUR – Kira-kira 5,000 peniaga kecil di sekitar ibu negara akan mengemukakan saman terhadap penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Bersih) ekoran kerugian yang mereka alami mencecah RM100 juta.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, saman itu terpaksa dibuat kerana perhimpunan haram kelmarin menyebabkan peniaga terlibat kerugian besar kerana tidak dapat berniaga.

“Anggaran awal kerugian RM30 juta tetapi kami percaya kerugian sebenar boleh mencecah RM100 juta dan kami tidak boleh biarkan mereka terlepas, kita kena hukum penganjurnya, Datuk S. Ambiga.


“Satu surat peringatan berhubung saman tersebut akan dihantar kepada Ambiga pada minggu depan,” katanya pada sidang akhbar di hadapan Masjid India di sini semalam.

Dipetik dari Kosmo

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas