SHAH ALAM, 24 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal tidak risau dengan pendedahan di Mahkamah Majistret hari ini bahawa pakar-pakar Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa lelaki dalam rakaman video seks didedahkan trio Datuk T adalah beliau.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu ketika ditemui pada forum ekonomi di Hotel Quality di sini kelihatan tenang apabila ditanya mengenai tindakan susulan beliau.
Anwar (gambar) berkata beliau telah menjangkakan perkembangan prosiding mahkamah hari ini dan beliau tidak terjejas dengan pendedahan itu.
“Saya fikir semuanya telah diatur. Pendakwa, sebagaimana anda tahu, akan memastikan mereka akan mendapat hukuman yang ringan dan mereka sudah pastinya akan menggunakan perkara itu sebagai rujukan (selepas ini),” kata Ketua Umum PKR ini.
Anwar juga berkata beliau sejak awal lagi telah mengisytiharkan bahawa mereka boleh menggunakan apa sahaja mereka mahu.
“Awalnya, mereka kata seorang dari Korea dan sekarang mereka seorang dari Amerika Syarikat. Mereka boleh kata apa sahaja mereka mahu... ia hanya tindakan politik untuk mencemarkan nama saya,” katanya.
Anwar juga mendakwa beberapa pihak mengesahkannya semalam bahawa bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, salah seorang trio Datuk T di belakang pendedahan rakaman video seks, ada bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen semalam.
“Kami menggunakan lif yang sama. Beberapa orang ada melihatnya, jadi mereka tidak beliau menafikannya. Kami tahu Abdul Rahim ada di pejabat perdana menteri di Parlimen pada pukul 11.45 pagi,” katanya.
Pertemuan Abdul Rahim dan Najib, kata Anwar, dengan jelas menunjukkan bahawa prosiding mahkamah hari ini telah dirancang lebih awal, kemungkinan melibatkan pembabitan Peguam Negara sendiri.
“Itu sebabnya saya tidak terjejas dengan (perkembangan) itu. Ini hanya satu pertunjukan, untuk mendakwa mereka. Apa hasil urusan Abdul Rahim dengan Najib? Ini perlu dijelaskan,” katanya. - Malaysia Insider
0 Komen :
Post a Comment