BlogList Malaysia

21 June 2011

PAS Selangor Kembali Gagah Untuk Hadapi PRU13

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dan ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dilantik semula ke jawatan masing-masing sebelum ini iaitu timbalan pesuruhjaya (TPJ) III dan Ketua Penerangan PAS Selangor dalam mesyuarat pertama perhubungan negeri malam semalam.

Pada November 2008, Khalid dan Saari Sungip dilucutkan jawatan oleh Datuk Dr Hasan Ali yang ketika itu pesuruhjaya PAS Selangor.

Tindakan itu dipercayai kerana Dr Hasan "kepanasan" dengan kritikan berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.


Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman pada sidang media semalam turut mengumumkan perlantikan exco kerajaan Selangor Iskandar Abdul Samad sebagai timbalan pesuruhjaya I.

Salehin Muhyi pula dipilih sebagai timbalan pesuruhjaya II.

Harakahdaily juga melaporkan Khairudin Othman dikekalkan sebagai setiausaha perhubungan negeri.

Khairuddin walaupun dilihat sealiran dengan Dr Hasan, beliau dikatakan tiada masalah ekoran prestasi baiknya selama ini.

Dr Rani juga berkata Izham Hashim telah dilantik sebagai bendahari yang baru.

Dr Hasan pula dilantik ahli jawatankuasa bersama dengan seorang lagi exco Dr Halimah Ali.

Turut dilantik adalah Noraini Husin, Mohd Sani Hamzan (timbalan ketua pemuda negeri), Ahmad Mohd, Ustazah Mariam dan pakar IT Abdul Rahman Sadikin.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas