BlogList Malaysia

18 June 2011

Muhyiddin Tak Tahu.. Lambat Betul Pikap Dia...

Tujuan BERSIH adalah untuk memastikan pilihanraya dijalankan dengan jujur dan adil.. Bila dah adil, adalah peluang Pakatan Rakyat menang dalam PRU.. Bila menang bermakna tumbanglah kerajaan BN dan dapat laa ke Putrajaya.. Sifir macam tu pon tak tahu ke wahai Timbalan Perdana Menteri???

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini bertujuan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, BERSIH adalah sebagai satu cubaan pihak Pakatan Rakyat untuk menjadikannya sebagai jalan pintas ke Putrajaya.

"Saya fikir tujuan mereka tidak baik. Ambiga (Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan) itu kepala saja. Saya tahu di belakangnya ialah pihak-pihak pembangkang apabila Mohamed Sabu diletakkan sebagai timbalan pengerusinya," kata Muhyiddin kepada Bernama selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian di Beaufort hari ini.


Timbalan presiden Umno itu berkata Pakatan Rakyat sebenarnya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan itu yang mempertikaikan sistem pilihan raya umum di negara ini bagi merealisasikan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan BN.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memberi penjelasan berkali-kali bahawa pilihan raya dijalankan secara teratur mengikut peraturan sedia ada.

"Kalaulah mereka membangkitkan isu yang berkaitan pilihan raya kenapa sekarang mempertikaikan soal itu. Kenapa tidak mempertikainya pada pilihan raya lalu," katanya.

Menurut Muhyiddin lagi, tujuan BERSIH mengadakan perhimpunan itu bukan setakat mempersoalkan isu SPR atau perjalanan pilihan raya, tetapi kemungkinan juga sebagai platform untuk membangkit isu yang mungkin menjadi perhatian rakyat dan seterusnya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. - mkini




SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas