BlogList Malaysia

24 June 2011

Kronologi skandal pendedahan video seks Datuk T

Shazryl dan Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkenaan kandungan peranti tersebut

KUALA LUMPUR: Berikut merupakan kronologi skandal pendedahan video seks oleh trio ‘Datuk T’ berdasarkan fakta kes yang dikemukakan dalam mahkamah.

Akhir Februari 2011:

Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah pergi berjumpa dengan Datuk Shuaib Lazim di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media USB (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks diantara seorang lelaki yang dipercayai Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang perempuan warga negara China.

Shazryl dan Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkenaan kandungan peranti tersebut memandangkan ianya sensitif fan melibatkan kepentingan negara. Perjumpaan diadakan di Wisma UOA Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan kandungan peranti tersebut. Mereka kemudiannya membuat keputusan untuk menayangkan rakaman video yang terkandung dalam peranti itu dan memutuskan untuk memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman video tersebut.


Dalam perbincangan itu, Rahim mencadangkan tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara dan menjemput beberapa wartawan untuk menyaksikannya. Perkara ini dipersetujui Shazryl dan Shuaib.

19 Mac 2011: Rahim telah menghubungi seorang individu Kamarulail Sulaiman dan meminta beliau menempah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

20 Mac 2011:

Kamarulail pergi ke Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru dan telah menempah bilik Seri Makmur atas nama Rahim bermula hari tersebut sehingga 21 Mac 2011 (Isnin). Shazryl meminta Ketua Wartawan The Star, Sirajinisa Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita besar demi kepentingan negara. Sirajinisa telah menyebarkan jemputan ini keapda beberapa wartawan dan wartawan-wartawan tersebut pula turut membuat sebaran yang sama kepada wartawan lain.

21 Mac 2011:

Ramai penyunting akhbar dan wartawan telah tiba di Hotel Carcosa Seri Negara seawal jam 9 pagi. Shazryl telah meminta Shuaib supaya menapis wartawan-wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara bagi menyaksikan tayangan video tersebut. Pada jam 10 pagi, penayangan rakaman video yang mengandungi adegan aksi lucah ini kemudiannya dilakukan oleh Shazryl menggunakan sebuah LCD CPU jenama Lenovo kepunyaannya.

Semasa tayangan rakaman video dijalankan, Shazryl juga telah memberi penerangan rakaman video tersebut. Beliau juga telah menerangkan bahawa gambar beliau turut terakamm sebelum rakaman hubungan seks diantara seorang lelaki yang dipercayai Anwar dengan seorang perempuan warganegara China. Shuaib juga hadir pada pada sepanjang masa penayangan itu. Penayangan video tersebut dilakukan secara berulang dan pada setiap tanyangan hanya beberapa orang wartawan sahaja yang dibenarkan untuk menontonnya. Tayangan ini mengambil masa antara 20 hingga 25 minit. Secara keseluruhannya, seramai 13 wartawan telah menyaksikan tayangan rakaman video tersebut dan tayangan terakhir tamat lebih kurang jam 12 tengahari.

22 Mac 2011:

Anwar telah membuat laporan polis berhubung penayangan video tersebut di Balai Polis Tun H S Lee (9703/11).

23 Mac 2011:

Pada jam 4petang, satu sidang media dilakukan oleh Shazryl dan Rahim di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur. Dalam sidang media tersebut, Shazryl dan Eskay mengaku mereka bersama Shuaib bertanggungjawab menayangkan rakaman video tersebut keapda wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011.

24 Mac 2011:

Pada jam 5petang, Shazryl dan Rahim hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan. Shazryl telah menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman video seks diantara seorang lelaki yang dipercayai Ketua Pembangkang dengan seorang perempuan warganegara China.

25 Mac 2011:

Shuaib telah datang ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.Keterangan mendapati rakaman tersebut telah diambil dalam sebuah bilik apartment di Ampang, Kuala Lumpur. Pihak polis telah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di apartment tersebut dan telah mendapati kehadiran Anwar bersama Shazryl dilobi apartment tersebut pada 21 Februari 2011. Keterangan menunjukkan rakaman video tersebut mengandungi adegan aksi lucah dan persetubuhan diantara seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya berbogel.

Hasil analisa pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang ‘tampering’ dan ‘super impose’ serta berasal daripada satu alat perakam DVR yang dirampas daripada Shazryl. Pakar tersebut juga telah menjalankan ‘Facial Recognition Analysis’ terhadap pelaku seks (lelaki) dalam rakaman video dan hasilnya mendapati 99.99 peratus adalah menyerupai Anwar.

Turut baca:

Rahim: ‘Pengorbanan’ kami berbaloi

Tayang video lucah: ‘Datuk T’ didenda mahkamah

Sumber - FMT


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas