BlogList Malaysia

08 June 2011

Dr. Hasan Ali Tak Merajuk - Semangat Juang Masih Utuh

"Hasan Ali hendak gembira, hendak menggembirakan rakyat Malaysia."

Namanya tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai tokoh politik, malah beliau juga merupakan salah seorang Pengasas yang menggerakkan program-program berbentuk Motivasi di Negara ini.

Setiap ungkapan, pertuturan dan nasihat yang diberikan beliau mampu memikat dan menyentuh rasa insaf dan mendalam terutamanya bagi individu yang menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan seharian seperti pembelajaran, rumah tangga, keluarga dan pekerjaan.

Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali, seorang tokoh yang tidak asing lagi di Negara ini. Kehebatan beliau dalam memberikan motivasi menunjukkan betapa hebatnya krelibiliti beliau. Kerjaya beliau dilihat semakin mendapat perhatian setelah mengambil keputusan untuk bergiat aktif dalam bidang politik pada tahun 1998. Parti Islam SeMalaysia (PAS) menjadi platform kerjaya politik beliau. Beliau telah menanam 1 azam bagi memastikan beliau dilihat seorang tokoh politik yang terbaik, seorang pemimpin Negeri yang terbaik, seorang anggota masyarakat yang terbaik malah, tidak dilupa juga tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah yang cemerlang.


Matlamat beliau dalam memastikan PAS Selangor mencapai satu tahap kecemerlangan bukan satu jalan yang mudah. Beliau yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin PAS di Peringkat Negeri Selangor, sebuah Negeri Maju yang dianggap kubu kuat Barisan Nasional. 1 ketika dahulu . PAS Selangor sebelum kehadiran beliau dianggap tidak releven di Negeri tersebut.

Kini, beliau bersama rakan komponen PAS iaitu PKR dan DAP berjaya merampas Kerajaan Negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 12. Siapa sangka, seorang yang dahulu dilihat parti lawan sebagai ahli politik sampah yang hanya menepek di ceramah-ceramah Umum PAS, kini bergelar Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor melalui kejayaan merampas kembali kerusi DUN Gombak Setia . Beliau telah membuktikan bahawa PAS adalah sebuah parti penting dalam memberi sumbangan terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

"Saya impikan satu masa nanti PAS merupakan sebuah Parti yang berada di hadapan."

Dr. Hasan Ali bukan seorang yang mudah patah semangat apatah lagi berputus asa. Setiap tugas yang diamanahkan beliau dilakukan dengan efektif tanpa lupa akan rujukan Agama. Islam tetap menjadi nadi perjuangan Hasan Ali. Setiap tugas yang beliau lakukan diaplikasi dengan ilmu Agama yang dipelajarinya sekian lama. Inilah uniknya Hasan Ali. Ternyata beban dalam mengharungi perjuangan politik beliau menghasilkan 1 kejayaan. Dan ini semua adalah 1 cabaran buat beliau.

"Orang-orang yang cuba membuat spekulasi cuba menjatuhkan saya menganggap saya ini ada keistimewaan yang tersendiri. Saya yakin mereka sehingga kini tidak berjaya. Dalam keadaan saya tidak keluar berkempen, saya masih lagi diberi amanah oleh perwakilan untuk terus memegang kerusi AJK PAS Pusat pada Pemilihan baru-baru ini."

Cabaran pertama di awal kejayaan beliau mengiringi PAS Selangor dilihat melalui krisis dalaman yang seakan-akan menjatuhkan moral dan semangat untuk terus berjuang di dalam parti. Namun jika dilihat dari 1 sudut yang berbeza, Hasan Ali tetap bangkit dari lena dan terus memperkasa hubungan kekeluargaan di dalam PAS Selangor dan Pusat.

"Saya memegang prinsip di mana kita tidak akan selama-lamanya berada di tempat itu. Kita tidak selama-lamanya muda, kita tidak selama-lamanya berada dalam keadaan seimbang, kita tidak akan selama-lamanya berminat memegang satu-satu jawatan, sama ada minat itu pudar atas sebab unsur-unsur luar mahupun dalaman kita sendiri, dan kita tidak akan selama-lamanya akan dapat duduk dalam satu tempat itu sehinggakan tempat itu sendiri memaksa kita supaya meninggalkan tempat itu."

Kini beliau dilihat seolah-olah sepi dalam persada politik. Pelbagai spekulasi dibuat yang dilihat cuba menjatuhkan beliau. Ada yang mendakwa beliau bakal meletakkan jawatan sebagai Ahli Exco, ada pula yang mendakwa beliau akan berundur dalam politik, malah yang paling teruk ada juga yang mendakwa beliau akan meninggalkan PAS.

"Pada ketika dan masa ini. Saya lebih prefer untuk memberi priority kepada parti melalui hasil pengurusan yang cekap berbanding hadir sebagai penceramah politik. Ini amanah saya. Jikalau tidak orang akan tanya saya, sebagai Pesuruhjaya, PAS tak berfungsi, orang akan tanya saya. PAS bermasalah, orang akan tanya saya, PAS tak ada program, orang akan tanya saya, PAS tak utamakan orang bukan Melayu, orang tanya saya, PAS tak utamakan wanita, orang tanya, PAS tak ada duit, orang tanya saya. Maka saya mesti jaga tanggungjawab dalam menguruskan parti"

Namun benarlah, ianya sekadar spekulasi semata-mata. Melalui keputusan Pemilihan PAS Pusat baru-baru ini, beliau masih diberi kepercayaan oleh perwakilan untuk terus kekal membarisi pimpinan parti yang lain. Apa yang lebih memperkukuhkan dakwaan ini, beliau tidak menjalankan sebarang kempen untuk memastikan beliau kekal bagi jawatan AJK Parti. Namun, ternyata khidmat Dr. Hasan Ali masih diperlukan parti di peringkat akar umbi.

"Jika tanya saya hubungan Komponen-komponen Pakatan Rakyat di Selangor, saya mengatakan kalau skillnya misal kata 1 hingga 10, saya pilih setakat hari ini saya beri markah 7. Selama 3 tahun 3 bulan kita sudah berada dalam 1 Majlis Perkahwinan yang tidak banyak tergugat rumah tangganya. Kita dapat mewujudkan 1 kestabilan yang saya rasa 1 pencapaian yang baik" "

Kontroversi yang melanda mengenai diri beliau dan beberapa pemimpin komponen Pakatan di peringkat Negeri telah membawa pelbagai spekulasi mengenai hubungan kerjasama ini. Akan tetapi, Dr. Hasan Ali melihat dari 1 sudut yang berbeza. Pertelingkahan bagi beliau merupakan 1 sessi perkenalan dan akan membawa keutuhan pada hubungan yang terjalin.

"Hubungan saya dengan pemimpin-pemimpin Pakatan seperti Azmin Ali dan Teresa Kok amat baik. Malah YB. Ronnie Liu sendiri saya telah kenal lebih awal lagi. Malah saya boleh faham situasi mereka sehinggakan melalui mimik muka mereka."

Krisis yang melanda di antara Dr. Hasan Ali dan YB. Ronnie Liu sebagai contoh sessi perkenalan dalam pengurusan Kerajaan Negeri dan menghasilkan 1 kerjasama yang lebih baik. Hubungan kerja antara beliau dan YB. Ronnie Liu semakin akrab. Ianya dapat dilihat apabila kedua-duanya bertindak turun padang meninjau kawasan kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim di Hulu Langat yang lalu. Kerjasama ini sewajarnya kata beliau dijadikan 1 tekad dan aspirasi bagi memenuhi misi mengekalkan Kerajaan Negeri Selangor.

"Walaubagaimanapun, kita dari 3 parti yang mempunyai asas yang berbeda. Maka sudah tentulah perlu ada penyerapan, perlu ada keseimbangan, perlu ada penyelarasan dan perlu ada give and take. Saya fikir tidak ada banyak pilihan bagi kita. Maka Pakatan mesti cuba sedaya upaya , fikirkan setakat yang mungkin, bagaimana kita merealisasikan cita-cita dan aspirasi dalam gabungan ini."

Malah jika dilihat sehingga hari ini dan pada saat ini, Pakatan Rakyat masih utuh dan tidak berpecah hasil kerjasama dan beliau mengakui, krisis yang lalu mematangkan hubungan Pakatan. Kerana akhirnya Pemimpin Pakatan akan sedar, matlamat utama bagi memulangkan semula hak rakyat akan terus dilaksanakan dan ianya mesti dilakukan dalam satu pasukan.

"Gambaran PAS boleh diperumpamakan 2 Negara iaitu Amerika dan Mesir. Apabila PAS memperjuang masyarakat berlandaskan Al Qur'an dan Sunnah, yang Amerika akan masuk, dan yang Mesir juga akan masuk."

Dr. Hasan Ali melihat PAS satu parti yang unik yang menggabungkan golongan Ulama' dan Profesional dan kedua-duanya dilihat amat penting. Jika kejayaan Pemilihan PAS yang lalu dikatakan dikuasai oleh golongan Profesional, Golongan Ulama' tidak pernah terpinggir kerana PAS mengangkat mertabat ulama' dengan adanya salah satu sayap parti iaitu Dewan Ulama'.

"Saya maafkan pada mereka yang pernah membuat spekulasi dan pernah merancang untuk menjatuhkan saya. Pada saya dalam gelanggang politik, saya mesti mengangkat diri saya, saya mesti lebih sabar, saya mesti lebih adil, apapun orang pandang tentang saya, sebagai manusia politik, kita mesti memandang positif."

Sepanjang temuramah Crew KL POS bersama Dr. Hasan Ali, beliau nampak masih bertenaga, masih kuat semangat juangnya. Malah penulis sendiri mengakui, perjalanan hidup Hasan Ali boleh dijadikan rujukan jika kita ingin berjaya dalam hidup. Penulis tidak memandang beliau sebagai seorang tokoh politik semata-mata. Namun Penulis secara peribadi mengagumi kerjaya, krelibiliti, perjalanan hidup malah, semangat jiwa yang kental insan bernama Hasan Ali.

Untuk melihat Paparan Eksklusif Video Temuramah KL POS bersama Dato' Dr. Hasan Ali layari http://www.youtube.com/klposdotcom.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas