BlogList Malaysia

16 June 2011

Astro tolak perbincangan, Cassa desak boikot

Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) menyokong kempen yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk meraih sokongan rakyat bagi memboikot penyedia perkhidmatan televisyen berbayar Astro.

Presiden Cassa Dr Jacob George berkata, kempen itu perlu diteruskan memandangkan rakyat pada masa ini telahpun terbeban dengan keadaan ekonomi semasa.

“Apa teladan yang (Astro) tunjuk pada masyarakat? Masyarakat pun (sudah) tertekan dalam keadaan ekonomi sekarang (tapi Astro) faham tentang diri sendiri saja,” katanya lagi.

George mendakwa, Astro juga telah menolak jemputan persatuan berkenaan untuk mengadakan perbincangan dua hala berhubung kenaikan harga itu.


“Apa justifikasi yang (Astro) bagi? (Cassa) minta perbincangan dua hala, (Astro) tidak mahu dengan kita," katanya yang menambah, konglomerat media itu perlu menjelaskan sebab kenaikan harga berkenaan kepada pengguna.

George berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini yang menyifatkan notis kenaikan bayaran perkhidmatan Astro sebagai tidak sah.

Astro sepatutnya mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Rais yang menegaskan bahawa bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro pada masa ini tidak akan berubah.

Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, George berkata syarikat berkenaan bersikap "tamak" kerana ingin menambah keuntungan melalui peningkatan harga pakej tetapi tidak menyediakan program terkini.

Beliau turut mendakwa, Astro sering menyiarkan program yang berulang-ulang dan tidak mengambil tindakan sepatutnya walaupun pengguna telah membuat aduan.

“(Kalau) hujan tidak ada liputan Astro, adakah dia bayar (gantirugi)? (Astro) beri teknologi yang tidak dikemaskini. Apa yang semasa? Hanya (maklumat) untuk perkhidmatan yang kita bayar," katanya lagi.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas