BlogList Malaysia

22 May 2011

Pencacai Umno Ini Cuba Mengajar Cara-Cara Untuk Jahanamkan PAS

Masa untuk PAS keluar dari kokongan DAP, PKR

PETALING JAYA: Tidak syak lagi muktamar PAS 3 Jun depan akan menjadi platfom menilai hala tuju bagi mengembalikan keyakinan dan sokongan pengundi Melayu menjelang pilihan raya umum ke 13.

Masa terbaik untuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang memantap dan seterusnya membawa PAS sebagai parti yang setanding dengan dua lagi parti Pakatan Rakyat – PKR dan DAP.

PAS jelas tidak menonjol berbanding PKR dan DAP. Pengiktirafan PKR kepada PAS di Selangor sekadar melengkapkan Pakatan Rakyat, manakala DAP tidak memberi layanan sewajarnya kepada PAS Pulau Pinang.

Bagi penganalisa politik tempatan – Prof Datuk Dr Zainal Kling – ini masa terbaik bagi PAS untuk menjadi sebuah parti yang bebas dari kokongan PKR dan DAP.


“Pemimpin mereka perlu berusaha menjadikan PAS kuat dan tidak terpengaruh dengan pemikiran PKR dan DAP.

“Kempen yang dibuat oleh Umno dan yang lain melabel dan menggambarkan PAS menjadi kuda tunggangan dan alat DAP sudah mula berkesan.

“PAS sudah merasakan pengundi Melayu menolak parti itu seperti yang berlaku dalam pilihan raya negeri Sarawak dan beberapa siri pilihan raya kecil sebelum itu.

“Maknanya PAS tidak boleh kekal dengan apa yang ada sekarang,” kata Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Universiti Pendidikan Sultan Idris (IPSI) di Perak.

Tetapi penganalisa itu menambah, “PAS perlu kekal ditadbir ulama, kerana jika terlepas (dari golongan tersebut), ideologi parti akan bertukar.

“DAP sudah berubah, PAS juga sudah mula keluar untuk mendapatkan masyarakat Islam, nak cuba menjadi parti nasional, tetapi belum berjaya.

“Juga berlaku pertembungan antara PAS dengan PKR dan DAP. PAS tidak menonjol sangat kerana belum berjaya menarik hubungan dengan orang bukan Islam.

“Kini PAS perlu mencari jalan bagaimana mahu menjadi inklusif dalam Islam,” katanya.

PAS hanya menjadi relevan jika parti itu kuat. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, PAS nombor tiga selepas DAP dan PKR.

Untuk menjadi kuat khususnya di kalangan orang Melayu tidak semestinya PAS perlu memperjuangkan negara Islam. Orang Melayu sudah tahu PAS adalah parti berteraskan Islam.

Tetapi PAS perlu teguh dan tegas dalam perjuangan Islam. PAS perlu menerangkan bagaimana mengurus ekonomi Islam dan bagaimana Islam hendak menghadapi cabaran global.

Sokongan pengundi Melayu tidak lagi majoriti kepada PAS, sebaliknya kepada musuhnya Umno. Ini bermakna kerusi tradisi milik PAS sudah tidak selamat bagi parti itu.

Tetapi PAS tidak kehilangan penyokong tradisional, cuma yang menjadi masalah golongan pengundi muda dan pengundi atas pagar termasuk orang Melayu di kota.

Jika PAS boleh menyakinkan orang Melayu bahawa parti itu bukan sahaja cekap berpolitik tetapi juga boleh menangani isu ekonomi, pendidikan, sosial dan semuanya, PAS akan menjadi parti politik nombor satu di kalangan orang Melayu.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas