BlogList Malaysia

21 May 2011

Mohamad Sabu sahkan bertanding timbalan presiden PAS

KUALA LUMPUR: Ahli jawatankuasa kerja (AJK) PAS Mohamad Sabu mengesahkan beliau akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden PAS.

“Saya mahu membantu presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) untuk memenangi masyarakat bukan Melayu dan pertubuhan bukan kerajaan,” kata beliau sejurus selepas sidang media Bersih bersama ahli parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli tengah hari tadi di ibu pejabat PAS pusat di sini.

Beliau yang membuat percubaan kedua untuk jawatan timbalan presiden mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut berdasarkan jumlah pencalonan yang lebih memberangsangkan berbanding dengan pencalonan yang diterima dalam pilihanraya parti 2009.


Beliau bagaimanapun, tidak memberitahu jumlah pencalonan yang diterima. Tetapi mengaku tidak membuat sebarang penilaian mengenai peluang untuk memenangi jawatan No 2 parti.

“Saya akan teruskan kerja parti saya,” kata Mohamad.

Sementara itu, Dr Hatta yang diumumkan akan bertanding jawatan naib presiden memaklumkan bahawa beliau masih belum menerima surat pencalonan.

Beliau juga yakin dengan pencalonan yang diterimanya.

“Saya bangga menerima pencalonan dari perwakilan dan boleh lepas tahap kelayakan.”

“Kalau saya lebih hebat dari calon lain, lebih baik saya jadi dan saya bersedia memikul tanggungjawab sekiranya ia membantu parti menjadi lebih kuat,” kata Dr Hatta.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas